May 10, 2009

Indonesia jadi sandaran Nazir

ARKIB : 09/05/2009

Oleh AINUL ASNIERA AHSANainul.ahsan@utusan.com.my
Nazir Razak menjawab soalan pemberita pada mesyuarat agung tahunan Bumiputra-Commerce di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 8 Mei - Bumiputra-Commerce Holding Bhd. (Bumiputra-Commerce) menjangka operasi perbankan di Indonesia akan memberi sumbangan lebih besar dari segi jumlah aset menjelang 2014 dan 2015.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Nazir Razak berkata, operasi perbankan di Indonesia diunjur menyumbang 42 peratus berbanding 40 peratus dari Malaysia manakala bakinya melalui Thailand dan Singapura.

''Sasaran ini berdasarkan pertumbuhan secara organik,'' katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat agung tahunan Bumiputra-Commerce di sini hari ini.
Bumiputra-Commerce merupakan sayap bagi Kumpulan CIMB yang memilik tiga entiti jenama iaitu CIMB Bank, CIMB Investment Bank dan CIMB Islamic.

Kumpulan CIMB juga merupakan pemegang kepentingan utama dalam CIMB Niaga di Indonesia dan CIMB Thai.

Menurut beliau, Bumiputera- Commerce yang baru menyelesaikan pembelian BankThai di Thailand yang kini dikenali sebagai CIMB Thai tidak mempunyai cadangan untuk menguasai mana-mana bank pada tahun ini.

''Kami tidak ada rancangan ke arah itu (pengambilan alih) lagi berbanding apa yang kami ada sekarang selagi kami sudah mencapai momentum khususnya bagi operasi di Thailand memandangkan kami masih baru di sana.

''CIMB Thai memerlukan masa untuk menjalani transformasi dan banyak kerja yang perlu dilakukan untuk mengembalikan momentum bank tersebut,'' tambah beliau.
Sebaliknya, tumpuan kini adalah memperkukuhkan operasi perbankannya bagi meningkatkan tahap perkhidmatan dan produk untuk meletakkan Kumpulan CIMB sebagai perbankan universal serantau.

Beliau menambah, CIMB Thai umpamanya memerlukan masa dua hingga tiga tahun untuk memperkukuhkan perbankan pelanggan berbanding perbankan korporat, pelaburan dan perbendaharaan.

Di Indonesia pula, Nazir membayangkan segmen perbankan Islam dijangka menyaksikan pertumbuhan yang kukuh.

Pada masa yang sama, Kumpulan itu turut merancang mewujudkan produk dan perkhidmatan yang boleh ditawarkan kepada para pelanggannya di peringkat serantau.

Berikutan itu, katanya, Bumiputra-Commerce akan melabur kira-kira RM600 juta dalam tempoh tiga hingga empat tahun untuk sistem teknologi maklumat bagi meningkatkan keupayaannya.

Nazir berkata, Kumpulan CIMB kini merupakan bank terbesar di ASEAN daripada segi jumlah cawangan iaitu 1,150 buah termasuk 650 cawangan di Indonesia dan 350 lagi di Malaysia.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers