April 29, 2010

Ulasan Pasaran: Sentimen pasaran tidak menentu

Pelabur bimbang krisis hutang di Eropah jejas pemulihan ekonomi global

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup rendah semalam apabila sentimen pasaran kekal tidak menentu di tengah-tengah kebimbangan krisis hutang di Greek dan Portugal yang dikatakan boleh membawa kepada ketidakstabilan pasaran global. Peniaga berkata, terdapat kebimbangan krisis hutang di Eropah akan menjejaskan pemulihan ekonomi global. Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia turun 6.55 mata untuk ditutup kepada 1,333.17. Ia dibuka 9.19 mata lebih rendah pada 1,330.53.

Indeks Kewangan susut 63.68 mata kepada 11,983.48, Indeks Perusahaan berkurangan 7.89 mata kepada 2,765.86 manakala Indeks Perladangan turun 52.53 mata kepada 6,449.42.

Indeks FBM Emas jatuh 48.71 mata kepada 9,023.78, FBM70 berkurangan 65.591 mata kepada 8,949.14 dan Indeks FBM Ace susut 15.51 mata kepada 4,177.22.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 472 berbanding 236 manakala 276 kaunter tidak berubah, 383 tidak diniagakan dan 26 yang lain digantung. Jumlah dagangan susut kepada 831.08 juta saham bernilai RM1.117 bilion daripada 975.469 juta saham bernilai RM1.194 bilion, kelmarin.

Di kalangan kaunter cergas, Talam Corporation jatuh setengah sen kepada 15.5 sen, KNM Group susut 1.5 sen kepada 51 sen, Scomi Group berkurangan setengah sen kepada 45 sen dan MBF Holdings naik setengah sen kepada 62.5 sen.

Bagi kaunter wajaran tinggi, Sime Darby turun dua sen kepada RM8.76, Maybank jatuh empat sen kepada RM7.45, CIMB Group Holdings susut 10 sen kepada RM14.16 manakala Maxis tidak berubah pada RM5.31.

Jumlah dagangan Pasaran Utama turun kepada 715.991 juta saham bernilai RM1.085 bilion daripada 759.037 juta saham bernilai RM1.145 bilion.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE susut kepada 55.399 juta saham bernilai RM11.910 juta daripada 98.874 juta saham bernilai RM21.703 juta.

Waran jatuh kepada 48.15 juta unit bernilai RM10.39 juta daripada 107.451 juta unit bernilai RM20.576 juta.

Barangan pengguna menyumbang 20.07 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 192.2 juta, pembinaan 28.05 juta, perdagangan dan perkhidmatan 163.7 juta, teknologi 45.01 juta, prasarana 12.68 juta, kewangan 75.4 juta, hotel 9.03 juta, harta 147.5 juta, perladangan 19.9 juta, perlombongan 0, REITs 2.1 juta dan dana tertutup 97,500. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers