ABU DHABI 27 April - Bursa Malaysia merancang memperluaskan kepelbagaian komoditi yang digunakan di Bursa Suq AlSila di dalam tempoh antara tiga bulan dan setahun, berikutan jangkaan bahawa bank Islam dari Majlis Kerjasama Teluk (GCC), bakal menyertainya.
Sekarang ini, minyak sawit mentah (MSM) digunakan tetapi terdapat rancangan untuk menimbangkan logam atau komoditi yang lain, kata Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Bhd., Datuk Yusli Mohamed Yusoff (gambar).
"Pasukan kami sedang mengkaji sumber bekalan yang boleh digunakan," katanya di luar majlis penerangan bergerak Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC) di sini hari ini.
Yusli berkata, bursa itu melalui kerjasama dengan para pembekal komoditi di rantau ini yang mempunyai jumlah yang perlu dan akses akan melaksanakan rancangan itu.
Bagaimana pun, beliau tidak menjelaskan lebih lanjut pihak yang akan terlibat.
Bursa Suq Al-Sila adalah produk inisiatif MIFC. ia merupakan platform untuk membantu bank Islam menguruskan kecairan jangka pendek masing-masing.
Bursa Suq Al Sila, yang dilancar pada Ogos tahun lepas, adalah juga platform yang diniaga di bursa yang direka bentuk dengan tujuan, bagi memudahkan transaksi murabahah komoditi.
Ia merupakan platform berasaskan internet yang pertama di dunia dengan MSM sebagai asas komoditinya.
"Jika lebih banyak peserta menyertainya, wujud keperluan bagi kami mengembangkan kepelbagaian komoditi atau aset. Kami berharap di dalam tempoh tiga bulan dan setahun, kami akan dapat membuat pengumuman," katanya.
Yusli berkata, kira-kira 90 peratus daripada bank Islam Malaysia kini sedang menggunakan platform ini yang disertai sedikit perdagangan rentas sempadan oleh bank Islam antarabangsa.
Bagaimana pun, jumlah dagangan purata oleh peserta asing masih agak kecil.
"Kami sangat berminat untuk menjemput bank besar di GCC untuk berdagang di atas platform ini. Melalui penerangan bergerak ini, kami berharap untuk meningkatkan profil Bursa Suq Al-Sila. Wujud potensi besar yang boleh diraih di rantau ini," katanya.
Yusli adalah sebahagian daripada delegasi MIFC di dalam penerangan bergerak ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi, yang antara lain, mahu menarik pelabur GCC ke Malaysia.
Abu Dhabi, yang merupakan hentian pertama penerangan bergerak itu, akan menyaksikan pertemuan delegasi itu dengan pelbagai agensi pelaburan dan berkaitan yang termasuk Lembaga Pelaburan Abu Dhabi, Perbadanan Pembangunan Modal dan Mudabala Waha.
Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah, yang juga Duta Kewangan MIFC, mengetuai delegasi MIFC itu.
Penerangan bergerak itu berakhir di Riyadh pada 2 Mei. - Bernama
April 28, 2010
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com