April 23, 2010

Dagangan Bursa Malaysia kukuh

KUALA LUMPUR 22 April - Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit dengan jualan berselang-seli di kaunter-kaunter berwajaran tinggi dan berharga rendah terpilih, kata peniaga.

Indeks Komposit Kuala Lumpur Bursa Malaysia (FBM KLCI) naik 3.37 mata atau 0.253 peratus kepada 1,337.01, disokong oleh keuntungan kebanyakannya di kaunter Sime Darby dan IOI Corporation selepas kerugian terdahulu.

Seorang peniaga berkata bursa tempatan meneruskan fasa pengukuhan dengan indeks utama itu bergerak dalam jajaran kecil apabila pelabur menjauhi pasaran berikutan kekurangan petunjuk baharu.

FBM KLCI dibuka 0.6 mata lebih tinggi pada 1,334.24. Selepas itu, ia bergerak antara 1,331.48 dan 1,337.01.Indeks Kewangan meningkat 11.641 mata kepada 12,023.99, Indeks Perladangan bertambah 19.35 mata kepada 6,508.21, Indeks Perusahaan naik 7.41 mata kepada 2,779.25 dan Indeks FBM Emas naik 21.94 mata kepada 9,080.25.FBM70 naik 21.63 mata kepada 9,089.0 dan Indeks FBM Ace meningkat 2.82 mata kepada 4,167.55.

Kaunter untung mengatasi rugi 333 berbanding 307 sementara 324 kaunter tidak berubah, 396 tidak didagangkan dan 28 yang lain digantung.

Jumlah dagangan menyusut kepada 833.909 juta saham bernilai RM1.19 bilion berbanding penutup semalam iaitu 875.459 juta saham bernilai RM1.293 bilion.

Nilai dagangan Pasaran Utama susut kepada 685.324 juta saham bernilai RM1.143 bilion daripada penutup semalam iaitu 693.133 juta saham bernilai RM1.249 bilion.

Perolehan dagangan pasaran Ace juga menyusut kepada 61.862 juta saham bernilai RM10.159 juta daripada 74.982 juta unit berbilai RM10.248 juta sebelumnya.Waran menyusut kepada 71.671 juta saham bernilai RM19.471 juta berbanding pada penutup Rabu iaitu 87.481 juta unit bernilai RM22.31 juta.

British American Tobacco, yang mengeluarkan keputusan kewangannya hari ini, muncul pengaut keuntungan tertinggi, naik 38 sen kepada RM42.78.Di kalangan saham aktif, KNM Group susut 1.5 sen kepada 59 sen, Talam Corporation bertambah satu sen kepada 14 sen sementara Ho Wah Genting-Warr tidak berubah pada tujuh sen.

Barangan pengguna menguasai 19.014 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, barangan industri 220.32 juta, pembinaan 47.716 juta, dagangan dan perkhidmatan 143.743 juta, teknologi 60.505 juta, prasarana 9.006 juta, kewangan 72.231 juta, perhotelan 7.149 juta, harta 96.365 juta, perladangan 7.342 juta, perlombongan 21,000, REIT 1.875 juta dan dana tertutup 37,000.- Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers