April 22, 2010

Ulasan pasaran: Kaunter untung mengatasi rugi

Firma penyelidikan menjangka FBM KLCI mampu capai paras 1,450 mata

HARGA saham di Bursa Malaysia bercampur-campur secara menyeluruh pada penutup semalam, dengan aktiviti kecil pengambilan untung dalam saham berwajaran tinggi, kata peniaga. Kerugian, sebahagian besarnya oleh Tenaga Nasional dan CIMB Group, mengheret turun Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) sebanyak 2.26 mata atau 0.169 peratus kepada 1,333.64. Bagaimanapun, keuntungan dalam Sime Darby membendung kerugian.

Pada pembukaan, Indeks Komposit meningkat 2.17 mata kepada 1,338.07.

Ia bergerak antara 1,333.64 dan 1,339.15 dalam dagangan semalam.

Indeks Kewangan susut 2.21 mata kepada 12,012.35, Indeks Perladangan turun 26.22 mata kepada 6,488.86, Indeks Perusahaan menokok 2.16 mata kepada 2,771.84 dan Indeks FBM Emas menokok 5.949 mata kepada 9,058.31.
FBM70 melonjak 69.86 mata kepada 9,067.37 manakala Indeks FBM Ace susut 0.36 mata kepada 4,164.73.

Kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 399 berbanding 289 manakala 298 kaunter tidak berubah, 400 tidak diniagakan dan 52 lagi digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 875.459 juta bernilai RM1.293 bilion berbanding 796.609 juta saham bernilai RM1.218 bilion pada penutup Selasa.

MIDF Research, dalam nota kajiannya berkata pasaran ekuiti dijangka terus rancak susulan aliran masuk dana kukuh ke dalam pasaran Asia hasil daripada kelemahan dolar AS dan mata wang Eropah.

Firma penyelidikan itu yang mengekalkan sasaran tahunan Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) pada paras 1,450, berkata aktiviti pasaran modal dijangka lebih kukuh tahun ini dengan lebih banyak penyenaraian dan tindakan korporat yang lain seperti penggabungan dan pengambilalihan.

Ia berkata, pendapatan saham komponen FBM KLCI akan meningkat sebanyak 11.1 peratus tahun ini dan 13.1 peratus tahun depan.

Sementara itu, jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 693.133 juta saham bernilai RM1.249 bilion berbanding 611.405 juta saham bernilai RM1.179 bilion.

Jumlah dagangan di pasaran ACE, bagaimanapun berkurangan kepada 74.982 juta saham bernilai RM10.248 juta berbanding 97.558 juta saham bernilai RM11.696 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan waran melonjak kepada 87.481 juta saham bernilai RM22.31 juta berbanding 67.172 juta bernilai RM13.532 juta pada penutup kelmarin.

British American Tobacco, yang akan mengumumkan keputusan kewangannya hari ini, muncul kaunter paling rugi dengan sahamnya susut 94 sen kepada RM42.40.

Antara kaunter aktif, KNM Group susut 1.5 sen kepada 60.5 sen, Perisai Petroleum Teknologi menokok 4.5 sen kepada 68.5 sen dan Scomi naik dua sen kepada 50.5 sen.

Bagi kaunter berwajaran tinggi, Maybank menokok satu sen kepada RM7.49, Sime Darby meningkat lima sen kepada RM8.85, CIMB Group rugi 12 sen kepada RM14.12 manakala Maxis tidak berubah pada RM5.30.

Tenaga Nasional pula susut 11 sen kepada RM8.39.

Barangan pengguna menyumbang sebanyak 19.72 juta saham yang diurusniagakan di Papan Utama, barangan perusahaan 229.867 juta, pembinaan 40.468 juta, perdagangan dan perkhidmatan 193.49 juta, teknologi 39.906 juta, infrastruktur 17.053 juta, kewangan 89.276 juta, hotel 12.895 juta, hartanah 30.95 juta, perladangan 17.76 juta, perlombongan 8,100, REIT 1.725 juta dan dana tertutup 13,700. – Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers