April 30, 2010

Kos pemulihan ekonomi Malaysia paling rendah

KOS untuk memulihkan ekonomi Malaysia ketika berdepan krisis kewangan Asia pada 1997/98 adalah kurang daripada tiga peratus nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), iaitu yang paling rendah berbanding yang ditanggung negara lain yang turut terjejas oleh krisis itu.

Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, berkata faktor utama yang menyumbang kepada kos lebih rendah berbanding negara lain yang ada antaranya yang terpaksa meminjam daripada pembiaya luar itu adalah susulan tindakan pantas kerajaan untuk campur tangan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. Beliau berkata, antaranya ialah dengan menubuhkan pasukan bertindak khas, seperti Danamodal Nasional Bhd, Danaharta Nasional Bhd, serta Jawatankuasa Penyusunan Semula Hutang Korporat (CDRC). Zeti menjelaskan, jumlah kos ditanggung negara ini untuk memulihkan ekonominya kesan krisis kewangan itu adalah berdasarkan kepada jumlah bon yang diterbitkan pelbagai institusi yang terbabit dalam usaha pemulihan itu.
Katanya, ia hanya diketahui sekarang kerana penilaiannya hanya dapat dibuat selepas semua bon itu ditebus.

“Selepas 12 tahun krisis itu, hanya sekarang kami boleh membuat penilaian, iaitu selepas semua bon yang kebanyakannya diterbitkan dengan tempoh matang 10 tahun ditebus dan didapati kos bagi memulihkan ekonomi negara hanya 2.6 peratus daripada KDNK, iaitu paling rendah berbanding kos ditanggung sistem kewangan negara lain,” katanya.

Zeti berkata demikian selepas menyampaikan biasiswa Kijang Emas tajaan Bank Negara kepada lima pelajar terpilih yang akan melanjutkan pengajian mereka di luar negara.
Beliau juga berkata, kerajaan juga berjaya menangani kesan krisis kewangan 1997/98 itu dengan berkesan susulan pelaksanaan pendekatan yang betul serta teratur tanpa menjejaskan keyakinan domestik terhadap sistem kewangan negara, walaupun ada institusi penting yang terpaksa ditutup.

Bagi berdepan krisis kewangan semasa yang menjejaskan ekonomi global, Zeti berkata, Bank Negara sudah membuat persediaan lebih awal, dan sentiasa bersedia berdepan dengan sebarang kemungkinan.

Ini katanya, termasuk menubuhkan Danajamin Nasional Bhd, agensi insurans deposit, yang akan memastikan sistem kewangan negara mempunyai aliran kredit mencukupi untuk disalurkan kepada sektor perniagaan.

Setakat ini, katanya operasi agensi itu berjalan lancar, walaupun tidak ramai yang menggunakan kemudahan disediakan.

Mengenai masalah kewangan yang sedang dihadapi Greek, Zeti berkata, setakat ini ia dilihat tidak akan memberikan kesan kepada Malaysia.

Ditanya sama kerajaan akan menyemak semula unjuran pertumbuhan KDNK bagi tahun ini berikutan keadaan ekonomi yang bertambah baik, Zeti berkata, penilaian hanya akan dibuat pertengahan tahun ini dan akan diumumkan dalam pembentangan Bajet 2011.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers