April 23, 2010

Ringgit ditutup rendah

KUALA LUMPUR 22 April - Ringgit mencatatkan paras penutupan dagangan yang lebih rendah sedikit berbanding dolar AS hari ini kerana pelabur terus mengambil kesempatan daripada kenaikan baru-baru ini, kata peniaga.

Mereka berkata pelabur-pelabur juga mengurangkan pegangan masing-masing berikutan ketidakpastian dalam pasaran global, dengan isu hutang Greece terus mencetuskan kebimbangan.

"Bagaimanapun, pelabur pasaran menyokong mata wang tempatan dengan menjual dolar hari ini," kata seorang peniaga lain.

Pada pukul 5 petang, ringgit susut berbanding dolar AS kepada 3.1955/1965 daripada 3.1950/1900 semalam.

"Kegiatan membeli ringgit didorong oleh penyertaan cergas pengeksport," katanya.

Ringgit diniagakan pada paras 3.1940 hingga 3.2090 berbanding dolar AS hari ini.

Dengan mata wang utama lain, ringgit turun sedikit berbanding dolar Singapura kepada 2.3310/3339 daripada 2.3287/3330 semalam tetapi naik berbanding yen kepada 3.4257/4275 daripada 3.4263/4320 sebelumnya.

Ia mengukuh berbanding euro kepada 4.2852/2887 daripada 4.2912/2982 semalam, namun susut berbanding pound sterling kepada 4.9358/9380 daripada 4.9264/9347 semalam.

- Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers