April 15, 2010

Keyakinan pelabur meningkat

KEYAKINAN pelabur Malaysia meningkat dalam suku pertama tahun ini berbanding pada suku keempat tahun lalu, sekali gus mengesahkan kedudukan negara dalam zon ‘optimistik’, demikian mengikut kaji selidik suku tahunan yang dijalankan ING Insurance Bhd.

Kaji selidik ‘ING Investment Dashboard Survey’ itu mendedahkan 66 peratus pelabur percaya pengumuman Model Ekonomi Baru dan Rancangan Malaysia Ke-10 serta inisiatif untuk menarik pelabur asing memberi impak positif kepada persepsi terhadap Malaysia. “Berikutan pertumbuhan menggalakkan dalam pasaran ekuiti dan pertumbuhan sederhana Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku pertama, Malaysia dalam landasan ke arah pemulihan ekonomi sepenuhnya,” kata Ketua Pegawai Pelaburan ING Insurance Bhd, Mark Wang dalam kenyataan, semalam. “Kita telah menyaksikan beberapa pengumuman mesra pasaran yang amat dialu-alukan dan akan dipantau secara dekat oleh pelabur.

“Keyakinan ini turut disokong unjuran KDNK baru-baru ini berserta beberapa permintaan terancang daripada pelabur asing,” tambah beliau.

Mengikut kaji selidik itu, walaupun pelabur kekal berhati-hati dengan keadaan ekonomi, keyakinan di pasaran Malaysia telah meningkat sejak tiga bulan lalu iaitu setara dengan sentimen Pan-Asia.

“Pasaran ekuiti penting untuk pertumbuhan yang memberangsangkan, dan melihat kepada pertumbuhan setakat tahun ini, FBM KLCI di Bursa Malaysia mampu mencecah paras unjurannya bagi tahun ini pada 1,450 mata, berdasarkan nisbah harga-pendapatan 15 kali,” kata Wang.
Pelabur Malaysia juga, katanya semakin yakin dengan tinjauan ekonomi semasa memandangkan 63 peratus daripada mereka percaya keadaan ekonomi negara bertambah baik.

Selain itu, kaji selidik berkenaan turut menyarankan pelabur akan kekal optimistik terhadap tinjauan ekonomi pada suku kedua

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers