KUALA LUMPUR 31 Mac - Malayan Banking Bhd. (Maybank) muncul sebagai syarikat senaraian awam pertama di negara ini membenarkan pemegang sahamnya memegang dividen tunai atau melaburkannya semula untuk membeli saham baharu pada harga terbitan yang diberikan diskaun sehingga 10 peratus.
Di bawah Pelan Cadangan Pelaburan Semula Kumpulan yang bertujuan meningkat dan maksimum nilai pemegang saham melalui langganan saham baru Maybank, pelaburan semula itu boleh dibuat secara percuma.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, pelan cadangan pelaburan semula telah diluluskan oleh Bank Negara Malaysia dan akan dibentangkan untuk kelulusan para pemegang saham pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) Mei nanti.
Abdul Wahid berkata, di bawah cadangan pelan pelaburan semula itu, harga terbitan saham Maybank baharu harus pada harga diskaun tidak lebih 10 peratus kepada harga pasaran purata wajaran jumlah dagangan lima hari.
Bercakap kepada pemberita pada sidang kahbar sempena Invest Malaysia 2010 di sini hari ini, Abdul Wahid berkata, cadangan pelan itu memberikan lebih fleksibiliti kepada pemegang saham kerana mereka boleh memilih untuk mendapat wang tunai, atau melabur semula dalam syarikat itu menerusi langganan tambahan saham tanpa kos berkaitan.
Tambahnya, Maybank juga mendapat faedah daripada penyertaan pemegang saham jika mereka memilih membuat pelaburan semula, wang itu akan digunakan ke arah pertumbuhan Maybank dan anak syarikatnya.
"Kita masih belum menentukan berapa nilai saham yang akan diterbitkan kerana ia bergantung kepada keputusan pemegang saham sama ada berminat untuk melabur semula atau mendapatkan dividen," katanya.
Abdul Wahid berkata, pelaburan semula itu merupakan cara Maybank memberi ganjaran kepada para pemegang sahamnya untuk menambah dan melabur untuk pulangan jangka panjang selain mengukuhkan pertumbuhan agresif di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Indo-China.
April 1, 2010
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com