April 14, 2010

Ulasan pasaran: Dana tempatan sokong pasaran

Kenaikan dalam saham berkaitan pengguna, bantu lonjak FBM KLCI

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi semalam di tengah-tengah dagangan jajaran kecil, dengan Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) utama ditutup 0.2 peratus lebih tinggi susulan belian dana tempatan berterusan di kaunter berkaitan indeks.

Indeks petunjuk pasaran itu kekal dalam bahagian positif, mencecah paras tinggi 1,346.23 sebelum aktiviti pengambilan untung sederhana muncul dan mengimbangi beberapa kenaikan terdahulu. Pada penutup, FBM KLCI meningkat 2.62 mata atau 0.2 peratus kepada 1,344.37. Ia dibuka 0.89 mata lebih tinggi pada 1,342.64. Indeks Kewangan naik 24.18 mata kepada 12,129.07, Indeks Perladangan menokok 3.79 mata kepada 6,531.36 manakala Indeks Perusahaan melonjak 2.52 mata kepada 2,743.74.

Indeks FBM Emas meningkat 25.32 mata kepada 9,136.03, FBM70 naik 38.13 mata kepada 9,163.55 manakala Indeks FBM ACE menokok 5.12 mata kepada 4,272.44.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 406 berbanding 369 manakala 288 kaunter tidak berubah, 294 tidak diniagakan dan 35 yang lain digantung.

Keseluruhan jumlah dagangan meningkat kepada 1.122 bilion saham bernilai RM1.545 bilion berbanding 1.053 bilion saham bernilai RM1.308 bilion kelmarin.
Di kalangan kaunter cergas, SAAG Consolidated naik setengah sen kepada 12.5 sen, Affin Holdings meningkat 1.5 sen kepada 17.5 sen, BJCorp-CB menokok 5.5 sen kepada 21 sen manakala Scomi Group menambah 2.5 sen kepada 44.5 sen.

KNM Group naik empat sen kepada 77 sen susulan langkah terbaru oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk mengurangkan pegangannya dalam KNM menerusi penjualan di pasaran terbuka.

Menerajui kaunter untung, Panasonic Manufacturing naik 76 sen untuk ditutup pada RM16.96 manakala Nestle meningkat 38 sen kepada RM35.

Di kalangan saham wajaran tinggi, Tenaga Nasional naik 28 sen untuk ditutup kepada RM8.38, RHB Capital meningkat 12 sen kepada RM5.89 dan AMMB Holdings menokok empat sen kepada RM5.07.

Maybank meningkat dua sen kepada RM7.52. Pemberi pinjaman terbesar negara itu mencadangkan untuk memindahkan keseluruhan 69.05 peratus pegangannya dalam Mayban Fortis Holdings kepada Etiqa International Holdings dengan harga RM359.34 juta bagi menyelaraskan semula perniagaan insurans dan takafulnya.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 926.877 juta saham bernilai RM1.493 bilion berbanding 859.679 juta saham bernilai RM1.257 bilion kelmarin.

Bagaimanapun, jumlah dagangan Pasaran ACE, turun kepada 47.618 juta saham bernilai RM9.335 juta berbanding 88.616 juta saham bernilai RM11.789 juta kelmarin.

Waran naik kepada 126.304 juta saham bernilai RM26.606 juta daripada 84.586 juta unit bernilai RM21.283 juta sebelumnya.

Barangan pengguna menyumbang 27.218 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 253.569 juta, pembinaan 72.006 juta, perdagangan dan perkhidmatan 318.861 juta, teknologi 23.703 juta, prasarana 16.834 juta, kewangan 86.346 juta, hotel 7.731 juta, harta 97.386 juta, perladangan 21.214 juta, perlombongan 49,000, REITs 1.886 juta dan dana tertutup 74,000. – Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers