April 15, 2010

Bursa Malaysia ditutup tinggi

KUALA LUMPUR 14 April - Harga saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit hari ini selepas disokong oleh belian berterusan di dalam saham berwajaran tinggi, kata para peniaga. Sehingga 5 petang, Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) meningkat 1.37 mata atau 0.10 peratus kepada 1,335.89 selepas dibuka turun 0.34 mata kepada 1,334.18.

Para peniaga berkata prestasi semalaman yang positif di Wall Street telah merangsang minat belian di dalam pasaran dengan stok berkaitan pengguna, perusahaan dan teknologi menjadi tumpuan.

Semasa ditutup, Indeks Kewangan meningkat 24.38 mata kepada 12,027.53, Indeks Perladangan meningkat 10.71 mata kepada 6,515.34 manakala Indeks Perusahaan turun 0.28 mata kepada 2,767.80.Indeks FBM Emas menokok 17.18 mata kepada 9,093.43, FBM70 meningkat 32.15 mata kepada 9,135.14 manakala Indeks FBM Ace merosot 8.20 mata kepada 4,246.11.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 375 kepada 325 manakala 282 kaunter tidak berubah, 398 tidak diniagakan dan 55 kaunter yang lain digantung.

Jumlah dagangan merosot kepada 845.006 juta saham bernilai RM1.364 bilion berbanding dengan 1.0275 bilion saham bernilai RM1.413 bilion semalam.

Menerajui kaunter aktif ialah JAKS Resources yang meningkat 6.5 sen kepada 89.5 sen manakala Time dotCom dan Scomi Group turun 0.5 sen setiap satu masing-masing kepada 51.5 sen dan 49.0 sen.

Affin Holdings Waran 3 meningkat 2.0 sen kepada 18.5 sen dan Green Packet-Waran menokok 2.5 sen kepada 56.0 sen.

Bagi saham berwajaran tinggi, Maybank tidak berubah pada harga RM7.51 manakala Sime Darby turun 3.0 sen kepada RM8.76 dan CIMB Group turun 2.0 sen kepada RM14.16.

Jumlah dagangan di pasaran utama turun kepada 717.561 juta saham bernilai RM1.322 bilion berbanding 870.902 juta saham bernilai RM1.354 bilion semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 51.941 juta saham bernilai RM9.583 juta daripada 48.088 juta saham bernilai RM9.641 juta sebelum itu.

Transaksi waran merosot kepada 53.257 juta saham bernilai RM12.564 juta berbanding dengan 80.064 juta unit bernilai RM20.677 juta sebelum itu.

Produk pengguna mencatatkan 48.619 juta saham diniagakan di pasaran utama, produk perusahaan 162.937 juta, pembinaan 89.114 juta, dagang dan perkhidmatan 188.043 juta, teknologi 55.673 juta, prasarana 27.793 juta, kewangan 75.786 juta, hotel 7.552 juta, hartanah 43.910 juta, perladangan 15.261 juta, perlombongan 9,000, REIT 2.797 juta dan dana tertutup 66,200.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers