April 6, 2010

CIMB tubuh Institut Penyelidikan ASEAN

PETALING JAYA 5 April - Kumpulan CIMB hari ini mengumumkan penubuhan Institut Penyelidikan ASEAN CIMB (CARI) yang berpengkalan di Jakarta, Indonesia.

Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak berkata, pihaknya sedang mendapatkan kelulusan dari Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menubuhkan institut kajian itu.

CARI merupakan entiti korporat bebas dengan fokus utama ialah untuk integrasi sosial dan ekonomi ASEAN, tambah beliau.

"Penubuhan CARI akan mempromosikan integrasi ASEAN yang melibatkan pemikiran kepimpinan serta pandangan khusus berkaitan isu-isu utama dan pelan tindakan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengumumkan penubuhan CARI pada Forum Kepimpinan ASEAN ke-7 di sini hari ini.

CARI akan dibiayai oleh kumpulan perbankan itu dengan dana antara RM3 juta hingga RM5 juta setahun untuk beberapa tahun akan datang dan telah melantik perunding pengurusan dan akademik, John Pang sebagai ketua pegawai eksekutifnya.

Pang merupakan Felow Kanan Pelawat Fakulti Pengajian Antarabangsa Rajaratnam di Singapura.

Menurut Nazir, penubuhan CARI itu juga selaras dengan komitmen Kumpulan CIMB untuk menjadi pemain utama di rantau ini selain menempatkan pejabat operasinya berhampiran dengan Sekretariat ASEAN di Jakarta.

Katanya, dengan kedudukan yang berdekatan antara satu sama lain, ia akan memberi banyak kemudahan antaranya mendekati serta mengkaji polisi-polisi serta menyelaras pembangunan ekonomi serantau.

"Kita mencari lokasi yang terbaik untuk institut ini selain dapat bekerjasama dengan Sektretariat ASEAN yang wujud di Jakarta," katanya.

Nazir berkata, dalam mempromosi dan menyokong integrasi ASEAN, CARI juga berperanan menyelesaikan masalah utama seperti halangan berkaitan dagangan, kawasan perdagangan bebas, integrasi pasaran kewangan dan peraturan dan undang-undang sektoral.

Selain itu, CARI juga turut mempromosi rangkaian dengan tokoh-tokoh perniagaan di ASEAN

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers