April 16, 2010

Bursa ditutup bercampur-campur

KUALA LUMPUR 15 April - Harga saham di Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur dengan indeks utama kekal dalam lingkungan positif, dibantu oleh belian lewat dalam saham mewah terpilih, kata para peniaga.

Pada pukul 5 petang, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) naik 2.94 mata atau 0.22 peratus kepada 1,338.83 selepas dibuka 2.75 mata lebih tinggi pada 1,338.64.Peniaga-peniaga berkata pasaran tempatan dibuka kukuh setelah sentimen pelabur dirangsang oleh kenaikan semalaman di Wall Street.

Mengenai prestasi indeks lain, Indeks Kewangan meningkat 19.86 mata kepada 12,047.39, Indeks Perladangan naik 21.54 mata kepada 6,536.88 dan Indeks Perusahaan menambah 6.67 mata kepada 2,774.47. Indeks FBM Emas menokok 13.52 mata kepada 9,106.95, FBM70 naik 21.42 mata kepada 9,156.56 manakala Indeks FBM Ace susut 7.1 mata kepada 4,239.01.

Saham rugi mengatasi untung pada 406 berbanding 293 manakala 298 kaunter tidak berubah, 363 tidak didagangkan dan 31 lagi digantung. Jumlah dagangan meningkat kepada 1.045 bilion saham bernilai RM1.638 bilion daripada 845.006 juta saham bernilai RM1.364 bilion semalam.

Antara saham aktif, KNM Group rugi 7.5 sen kepada 66.0 sen. Harga sahamnya turun kepada hampir paras rendah dalam setahun, selepas pemegang saham utama Lee Swee Eng dan dua rakan asing, gagal dalam usaha mereka mendapatkan aset dan liabiliti syarikat minyak dan gas disebabkan isu harga.

Sementara itu, Talam Corporation, susut setengah sen kepada 13.0 sen, Scomi Group jatuh satu sen kepada 48.0 sen manakala Perisai Petroleum menambah setengah sen kepada 61.0 sen.

Jumlah dagangan di pasaran utama naik kepada 898.819 juta saham bernilai RM1.595 billion daripada 717.561 juta saham bernilai RM1.322 bilion semalam.

Bagaimanapun, perolehan dagangan di pasaran ACE susut kepada 51.658 juta saham bernilai RM10.044 juta daripada 51.941 juta saham bernilai RM9.583 juta sebelumnya.

Urus niaga waran meningkat kepada 74.439 juta saham bernilai RM15.725 juta berbanding 53.257 juta saham bernilai RM12.564 juta semalam.

Barangan pengguna menguasai 32.051 juta saham didagangkan pasaran utama, barangan perusahaan 335.910 juta, pembinaan 62.894 juta, dagangan dan perkhidmatan 213.324 juta, teknologi 39.775 juta, infrastruktur 26.789 juta, kewangan 90.210 juta, hotel 7.782 juta, hartanah 69.814 juta, perladangan 17.970 juta, perlombongan 30,000, REIT 2.196 juta dan dana tertutup 74,000. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers