April 26, 2010

Saham KL mendatar

KUALA LUMPUR 25 April - Harga-harga saham di Bursa Malaysia dijangka terus bergerak mendatar minggu depan kerana pelabur-pelabur masih berwaspada terhadap faktor-faktor luaran yang negatif meskipun muncul berita-berita korporat yang positif, kata para peniaga.

Mereka berkata, pelabur pasaran menunggu hasil perdebatan tentang reformasi kewangan AS.

Seorang peniaga berkata, tuduhan menipu ke atas Goldman Sach memperkukuh kewajaran bagi reformasi kewangan.

Bagaimanapun, dengan ketegangan politik yang semakin meningkat di Bangkok, Malaysia berkemungkinan menjadi destinasi pelaburan dalam pertimbangan pelabur, katanya.

"Beberapa pengurus dana mungkin memandang ke arah Malaysia untuk memindahkan kepentingan mereka dari Thailand berikutan beberapa siri serangan bom ke atas pusat kewangan utama Bangkok pada Khamis lalu.

"Dengan ketegangan politik semakin memuncak di Bangkok, ada kemungkinan berlaku pengaliran keluar dana dari Thailand.

"Sesetengah dana serantau mengkaji untuk mengurangkan risiko negara dengan memindahkan sebahagian daripada pelaburan mereka ke negara-negara jiran seperti Malaysia," tegasnya.

Bursa tempatan menyaksikan dagangan berjajaran sempit minggu ini meskipun terdapat berita-berita positif daripada Tenaga Nasional dan Bursa Malaysia.

Indeks Harga Pengguna bagi Mac naik 1.3 peratus kepada 113.2 daripada 111.7 pada bulan yang sama tahun lepas.

Berdasarkan Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI naik 4.01 mata kepada 1,336.78 daripada 1,332.77 Jumaat lepas.

Indeks FBM Emas meningkat 23.87 mata kepada 9,074.47. Indeks FBM Top100, bagaimanapun, turun 175.06 mata kepada 8,805.06 dan Indeks FBM ACE susut 32.97 mata kepada 4,174.35.

Indeks Kewangan mengukuh 58.24 mata kepada 12,026.07 dan Indeks Perusahaan meningkat 31.03 mata kepada 2,785.38.

Bagaimanapun, Indeks Perladangan jatuh 15.9 mata kepada 6,501.52.

Jumlah dagangan minggu ini mengecil kepada 4.137 bilion saham bernilai RM5.854 bilion daripada 4.812 bilion saham bernilai RM7.279 bilion Jumaat lepas.

Pasaran Utama mencatatkan penyusutan jumlah dagangan kepada 3.337 bilion unit bernilai RM5.633 bilion daripada 4.063 bilion unit bernilai RM4.084 bilion sebelumnya.

Dalam pasaran ACE, jumlah dagangan bertambah kepada 367.571 juta saham bernilai RM58.353 juta daripada 273.698 juta saham bernilai RM49.172 juta Jumaat lalu.

Waran opsyen belian berkurangan jumlahnya kepada 338.27 juta unit bernilai RM79.61 juta daripada 387.359 juta bernilai RM96.85 juta sebelumnya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers