April 19, 2010

Pembetulan pasaran minggu ini

KUALA LUMPUR 18 April - Harga-harga saham di Bursa Malaysia mungkin menyaksikan pembetulan dan naik turun minggu ini selepas rali baru-baru ini, berikutan kemungkinan bekalan wang yang kecil, kata seorang penganalisis.

"Kita berkemungkinan memasuki tahap kritikal, terutama apabila bekalan wang (M1) meningkat kepada julat 20 peratus.

Pada Februari, M1 mencatatkan 15 peratus," kata Penganalisis dan Ketua Penyelidik Jupiter Securities, Pong Teng Siew.

M1 meliputi deposit transaksi bank dan tunai dalam edaran.

Jika bekalan wang terus meningkat minggu depan, pasaran berada dalam keadaan yang sesuai untuk pembetulan antara 10 peratus hingga 15 peratus.

"Ia bukan pasaran yang menunjuk aliran menurun, tetapi penurunannya ketara," katanya.

Beliau juga berkata, berdasarkan petunjuk, apabila bekalan wang mencecah paras tertentu, Bank Negara Malaysia akan mengurangkan mudah tunai dan pasaran akan melakukan pembetulan ketara.

Bagaimanapun, beliau berkata, adalah sukar untuk meramalkan bila ia akan berlaku.

"Ia mungkin minggu depan, oleh itu pelabur perlu berhati-hati. Malah mereka perlu lebih berhati-hati berbanding sebelumnya, dengan rali pasaran saham bermula bulan lepas," katanya.

Teng Siew berkata, kadar faedah pasaran wang juga menunjukkan aliran meningkat, terutama bagi Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) tiga bulan.

"Lembaran imbangan bank-bank kita juga menunjukkan kurang kecairan dengan deposit kepada nisbah pinjaman pada 80 peratus, yang merupakan satu lagi petunjuk mengenai bekalan yang kecil," katanya.

Beliau yang ditanya sama ada peningkatan kadar ringgit berbanding mata wang utama yang lain akan merangsang pasaran berkata, pasaran bon dijangka memperoleh manfaat yang lebih besar.

"Melainkan dagangan yang dilakukan sangat besar, sebahagian daripadanya akan memasuki pasaran saham. Jika tidak ia hanya merupakan rangsangan jangka pendek," katanya. Ringgit hampir mencecah paras paling tinggi dalam tempoh dua tahun berbanding dolar.

Ia meningkat kepada 3.1785 minggu sebelumnya, paras tertinggi sejak Mei 2008.

Pada Jumaat, ia ditutup pada 3.1880/1920 berbanding dollar Amerika Syarikat, berbanding 3.1925/1965 pada penutup Khamis.

TA Securities dalam laporan penyelidikannya pada Jumaat menyebut, ujian semula paras tertinggi FBM KLCI pada 1,347 baru-baru ini boleh dicapai memandangkan indeks terus stabil dan mendapat sokongan melepasi 1,334.

"Paras melepasi 1,347 akan merangsang peningkatan ke paras 1,354. Jika melepasi paras penting ini, ia akan meningkat ke paras ketahanan berikutnya pada 1,380," kata firma penyelidikan itu.

Sementara itu, ECS ICT Bhd. disenaraikan di Pasaran Utama pada Khamis.

Sahamnya dibuka pada RM1.52, enam sen lebih tinggi berbanding harga tawanan.

Bursa saham memulakan minggu lalu pada asas yang lebih kukuh namun menyusut pada akhir minggu apabila pelabur bertindak menyimpan keuntungan jangka pendek.

Mengikut perbandingan Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI turun 1.21 mata kepada 1,332.77.

Indeks FBM Emas susut 35.99 mata kepada 9,050.6, Indeks FBM Top100 turun 22.13 mata kepada 8,780.12 dan Indeks FBM ACE susut 87.81 mata kepada 4,207.32.

Indeks Kewangan turun 38.98 mata kepada 11,967.83, Indeks Perusahaan menokok 12.71 mata kepada 2,754.35 dan Indeks Perladangan menambah 24.24 mata kepada 6,517.42.

Sejumlah 4.812 bilion saham bernilai RM7.279 bilion bertukar tangan pada minggu yang baru berakhir, berkurangan sedikit berbanding 5.842 bilion saham bernilai RM7.821 bilion pada minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama juga berkurangan kepada 4.063 bilion saham bernilai RM4.084 bilion berbanding 4.861 bilion saham bernilai RM7.546 bilion sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE turun kepada 273.698 juta saham bernilai RM49.172 juta berbanding 307.535 juta saham bernilai RM49.368 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan warran susut kepada 387.359 juta bernilai RM96.85 juta berbanding 492.586 juta unit bernilai RM111.235 juta sebelumnya. - BERNAMA

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers