April 1, 2010

Ulasan Pasaran: Pasaran ditutup lebih kukuh

Belian lewat saham perladangan, perbankan kuasai FBM KLCI

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup kukuh semalam, dirangsang oleh minat belian lewat ke atas saham berwajaran tinggi, terutama saham perladangan dan perbankanPasaran memberi maklum balas positif kepada lantunan semula terhadap keyakinan pengguna Amerika Syarikat (AS) yang sekali gus membantu merancakkan sentimen positif ke atas pemulihan ekonomi global. Petunjuk pasaran Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) meningkat 1.22 mata untuk ditutup kepada 1,320.57. Ia dibuka 0.1 mata lebih rendah pada 1,319.25.

Indeks Kewangan pula menokok 17.99 mata kepada 11,807.73, Indeks Perladangan menambah 3.15 mata kepada 6,447.18 dan Indeks Perindustrian mengembang 11.92 mata kepada 2,690.85.

Indeks Emas FBM pula naik 5.73 mata kepada 8,957.24 dan Indeks FBM70 meningkat 28.56 mata kepada 8,962.3.

Indeks FBM ACE, bagaimanapun, merosot 41.07 mata kepada 4,208.98. Saham rugi mengatasi saham untung dengan 441 berbanding 275 sementara 274 kaunter tidak berubah, 361 tidak diniagakan dan 31 digantung.

Jumlah dagangan mengecil kepada 961.37 juta saham bernilai RM1.54 bilion daripada 1.046 bilion saham bernilai RM1.33 bilion kelmarin.

Saham untung termasuk MPHB-CA yang naik 4.5 sen kepada 36 sen, KNM turun satu sen kepada 72 sen, Ramunia menokok dua sen kepada 36 sen dan MRCB kukuh enam sen kepada RM1.65.

Di kalangan saham mewah, Maybank dan Sime Darby masing-masing menokok satu sen kepada RM7.47 dan RM8.70, dan CIMB Group lebih tinggi lapan sen kepada RM14.06.

Maxis lebih rendah dua sen kepada RM5.34, Genting susut 13 sen kepada RM6.60 dan PPB turun enam sen kepada RM18.

MISC menambah enam sen kepada RM8.10, Public Bank pula dua sen lebih tinggi pada RM11.64 dan British American Tobacco melonjak 84 sen kepada RM44.14.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama merosot sedikit kepada 754.575 juta saham bernilai RM1.472 bilion daripada 797.71 juta saham bernilai RM1.228 bilion sebelumnya.

Bagaimanapun, jumlah dagangan di Pasaran ACE naik kepada 71.0 juta saham bernilai RM13.22 juta daripada 11.814 juta saham bernilai RM21.53 juta sebelumnya.

Waran pula lebih tinggi kepada 111.49 juta unit bernilai RM27.84 juta daripada 71.72 juta unit bernilai RM16.18 juta sebelumnya.

Produk pengguna menguasai 28.38 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian 159.36 juta, pembinaan 64.4 juta, urus niaga dan perkhidmatan 266.88 juta, teknologi 27.25 juta, infrastruktur 20.97 juta, kewangan 51.43 juta, perhotelan 7.26 juta, hartanah 102.12 juta, perladangan 25.14 juta, perlombongan 30,000, REIT 1.21 juta dan dana tertutup 92,000. – Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers