KUALA LUMPUR 11 April - Harga saham di Bursa Malaysia dijangka stabil minggu depan dengan kecenderungan menurun apabila dagangan berhati-hati berlaku berikutan kekurangan petunjuk positif baharu, kata para peniaga.
Sementara itu, petunjuk pasaran Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) dijangka menjalani pembetulan selepas berada dalam aliran meningkat tanpa gangguan selama 13 hari bermula 22 Mac.
"Peserta pasaran memerlukan insentif kukuh untuk bergerak kerana FBM KLCI telah mencecah paras kemuncaknya pada 1,347.61 pada 7 April (paras tertingginya sejak Mac 2008), dan pada masa ini saya tidak melihat sebarang faktor pendorong," kata seorang daripada peniaga.
Beliau berkata, penstabilan perlu bagi pasaran untuk bertapak kukuh sebelum melonjak ke paras tinggi seterusnya.
Bagi minggu depan, paras sokongan untuk indeks utama dijangka berada pada 1,315 dan 1,330 manakala paras ketahanan pada 1,335 dan 1,349 yang mungkin mengehadkan sebarang langkah pantulan semula.
"Pengambilan untung dan penjualan dan kenaikan masih berlaku ketika momentum belian perlahan," kata peniaga itu, sambil menambah para pelabur harus berdagang dengan berhati-hati dengan had jangka pendek dan langkah menghentikan penurunan yang relevan.
Sementara itu, pasaran serantau dijangka terus berhati-hati dengan kecenderungan menurun.
"Dengan masalah hutang asing Greek yang semakin memuncak, desas desus kemungkinan kenaikan cukai hartanah China dan penilaian semula mata wang Yuan, keadaan darurat di Thailand dan kemungkinan Indonesia mengenakan kawalan modal, dijangkakan mungkin berlaku keadaan tidak menentu dalam pasaran ekuiti dunia, termasuk Malaysia," kata seorang peniaga lain.
Bursa saham memulakan minggu yang baru berakhir ini dengan sentimen lebih mantap berikutan belian kukuh saham kewangan, dan aliran meningkat itu berterusan sehingga Rabu.
Bagaimanapun, pengambilan untung sederhana berlaku pada Khamis tetapi berjaya memantul semula pada Jumaat.
Bagi asas Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI turun 1.96 mata kepada 1,333.98.
Bagaimanapun, Indeks FBM Emas, meningkat 24.47 mata kepada 9,086.59, Indeks FBM Top 100 naik 48.89 mata kepada 8,802.25 dan Indeks FBM70 melonjak 63.16 mata kepada 9,127.65.
Indeks FBM ACE juga naik 40.81 mata kepada 4,295.13.
Indeks Kewangan menokok 26.53 mata kepada 12,006.81, Indeks Perusahaan meningkat 7.73 mata kepada 2,741.64 tetapi Indeks Perladangan turun 7.88 mata kepada 6,493.18. Sejumlah 5.842 bilion saham bernilai RM7.821 bilion bertukar tangan sepanjang minggu ini, naik daripada 4.782 bilion saham bernilai RM6.899 bilion pada minggu sebelumnya.
Jumlah dagangan di pasaran Utama juga meningkat kepada 4.861 bilion saham bernilai RM7.546 bilion daripada 3.839 bilion saham bernilai RM6.599 bilion sebelumnya.
Bagaimanapun, jumlah dagangan Pasaran ACE turun kepada 307.535 juta saham bernilai RM49.368 juta daripada 428.88 juta saham bernilai RM81.61 juta.
Jumlah dagangan waran meningkat kepada 492.586 juta unit bernilai RM111.235 juta daripada 388.592 juta unit bernilai RM86.632 juta sebelumnya. - Bernama
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com