April 5, 2010

Bursa teruskan peningkatan

KUALA LUMPUR 4 April - Trend meningkat di Bursa Malaysia dijangka berterusan minggu ini ekoran jangkaan bahawa Wall Street juga akan menyaksikan pergerakan yang sama.

Ini adalah kerana kontrak hadapan indeks saham Amerika Syarikat (AS) naik sedikit semalam ekoran pengumuman data-data guna tenaga yang lebih baik daripada dijangkakan, kata peniaga.

Pasaran tunai AS ditutup sempena cuti Good Friday semalam.

Seorang penganalisis tempatan berkata, sementara menunggu petunjuk baru, pasaran tempatan dijangka memanfaatkan sentimen positif dari pasaran luar negara.

"Pasaran berkemungkinan bertahan pada paras semasa minggu ini tetapi pada satu peringkat, saya rasa ia akan melalui pembetulan tidak lama lagi," katanya.

Beliau berkata, meskipun peringkat pertama Model Ekonomi Baru (MEB) yang diumumkan baru-baru ini tidak menggerakkan pasaran untuk seketika, namun impak sebenarnya akan dirasai dalam enam bulan kedua tahun ini, selepas peringkat kedua diumumkan.

"Kerajaan sedang mengumpul maklum balas daripada orang ramai mengenai peringkat pertama MEB. Impak besar ke atas pasaran akan hanya dirasai dalam separuh masa kedua tahun ini," katanya.

MEB diumumkan pada Selasa lalu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari pertama forum Invest Malaysia dan ini termasuklah berita-berita penggerak pasaran seperti penjualan ekuiti selanjutnya dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan oleh Khazanah Nasional Bhd..

Selain itu, Najib menyebut tentang pembangunan tanah kerajaan di pusat bandar serta pembangunan baru di Sungai Buluh yang mendorong pergerakan beberapa kaunter pembinaan.

Berdasarkan laporan mingguan, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) naik 20.8 mata kepada 1,335.94.

Indeks Kewangan melonjak 241.35 mata kepada 11,980.28, Indeks Perladangan meningkat 90.18 mata kepada 6,501.06 dan Indeks Perusahaan mengukuh 68.98 mata kepada 2,733.91.

Indeks FBM Emas melompat 150.61 mata kepada 9,062.12, Indeks FBM70 melonjak 228.46 mata kepada 9,064.49 dan Indeks FBM Ace menokok 41.82 mata kepada 4,254.32.

Jumlah dagangan minggu lalu susut kepada 4.782 bilion saham bernilai RM6.899 bilion daripada 5.214 bilion saham bernilai RM7.983 bilion.

Jumlah dagangan dalam Pasaran Utama juga berkurangan kepada 3.839 bilion unit bernilai RM6.599 bilion daripada 4.432 bilion unit bernilai RM7.777 bilion.

Bagaimanapun, jumlah dagangan dalam pasaran ACE bertambah kepada 428.88 juta saham bernilai RM81.61 juta daripada 370.626 juta saham bernilai RM54.73 juta.

Waran opsyen jualan meningkat jumlahnya kepada 388.592 juta unit bernilai RM86.632 juta daripada 296.865 juta unit bernilai RM59.715 juta. - BERNAMA

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers