KUALA LUMPUR 5 April - Penggabungan dan pengambilan alih (M&A) dalam bentuk sekarang akan menyaksikan penyusutan mendadak jika cadangan tata cara baharu dilaksana, kata Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas langkah yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) untuk merapatkan jurang antara peraturan yang berbeza-beza berhubung kegiatan mengambil alih bagi melindungi pemegang saham minoriti daripada bakal pembeli yang sambil lewa dalam memuktamadkan sesuatu janji niaga.
Dengan cadangan itu, sesebuah syarikat yang merancang menjual aset penting mestilah mendapatkan kelulusan pemegang saham, iaitu sekurang-kurangnya 75 peratus dari segi nilai dan 50 peratus dari segi bilangan.
Transaksi itu juga boleh dihalang jika sekurang-kurangnya satu per sepuluh pemegang sahamnya menentang cadangan itu.
"Pada asasnya, memberikan lebih banyak kuasa kepada pemegang saham minoriti bukan langkah bijak. Kita perlu tenang dan bijak dalam menilai cadangan baru.
Baikkah bagi pasaran modal? "Jika perubahan ini berlaku, ia akan menyebabkan penyusutan mendadak M&A. Ia akan memberikan lebih kesan kepada penggabungan, tidak terlalu banyak menjejaskan pengambilalihan kerana nilai tercetus daripada penggabungan," katanya selepas mengumumkan rancangan CIMB untuk menubuhkan Institut Penyelidikan ASEAN CIMB, semasa berlangsungnya Forum Kepimpinan ASEAN Ketujuh.
Baru-baru ini SC memperkemas peraturan tersebut dan mengalu-alukan maklum balas daripada industri hingga 8 April.
"Elok juga SC membuka tata cara baharu ini diperbincang dan diberikan maklum balas.
"Saya tidak mahu cakap apakah tahap yang sesuai tetapi saya ingin mendengar perbahasan mengenai perkara ini," tegas Nazir.
Menjelas lebih lanjut, beliau berkata pada masa ini, paras 'ambang' (threshold) ialah 51 peratus hingga 75 peratus.
"Dalam soal jualan aset, pemegang saham majoriti dan minoriti berada di satu pihak yang sama kerana kita mendapat keuntungan yang sama.
"Kita perlukan penggabungan dan janji niaga, dan jika kita tetapkan (nilai ambang) terlalu tinggi, tidak ramai yang akan melihatnya kerana ia akan menghalau pembeli dan hanya sedikit urus niaga dapat dijalankan," katanya.
Rancangan oleh SC itu mencerminkan langkah yang serupa dalam pasaran-pasaran kewangan lain seperti Hong Kong dan Thailand. - Bernama
April 6, 2010
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com