KUALA LUMPUR 27 April - Kekukuhan nilai ringgit sejak kebelakangan ini merupakan gambaran keadaan ekonomi negara yang semakin baik, kata Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.
Katanya, pemulihan ekonomi dapat dilihat dalam suku keempat tahun lalu dan suku pertama tahun ini, dengan menyaksikan paras nilai mata wang tempatan mengukuh daripada keadaan sedia ada.
''Pengukuhan ini tidak membimbangkan kita kecuali jika berlaku pergerakan mata wang berlebihan atau pengukuhan terlalu ketara dalam jangka masa singkat dan keadaan pasaran tidak teratur atau ekonomi tidak menentu,'' jelas Zeti.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas membentangkan Laporan Tahunan Labuan Financial Services Authority (Labuan FSA) 2009 dan Pelancaran logo terbaru Labuan FSA di sini hari ini.
Hadir sama Ketua Pengarah Labuan FSA, Datuk Azizan Abdul Rahman dan Ahli Jawatankuasa Audit Labuan FSA, Datuk Ali Abdul Kadir.
Zeti berkata, pasaran ringgit pada masa ini pasaran kekal stabil dan kadarnya menggambarkan keadaan pasaran dan fundamental yang ada.
Semalam, ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila mencecah paras pada 3.1810/1840 daripada 3.1900/1930 pada Jumaat minggu lalu.
Pada sesi berkenaan, ringgit turut menguji paras 3.1730 dan 3.1830.
Ketika ditanya tentang langkah BNM untuk mengembalikan kadar faedah seperti mana asalnya, Zeti berkata, penilaian akan dibuat pada Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari yang akan diadakan pada 13 Mei ini.
''Kali ini, mesyuarat jawatankuasa berkenaan akan diadakan dalam tempoh dua hari bagi mengumpul maklumat dan rundingan dilakukan sebelum keputusan diumumkan keesokkan harinya,'' katanya.
Ketika ditanya tentang cadangan BNM menubuhkan syarikat baru untuk menyelia pelindungan insurans asas kenderaan dan kematian pihak ketiga.
Di bawah cadangan itu, syarikat-syarikat insurans dan takaful akan berfungsi mengutip premium dan menilai tuntutan TPBID.
Zeti menjelaskan pelindungan insurans itu perlu dinilai semula berikutan tidak terdapat sebarang perubahan dilakukan sejak 1978.
''Kami akan melakukannya melalui proses konsultasi dan mengambil kira pandangan yang diterima daripada pelbagai pihak.
''Selepas itu, BNM akan membuat penilaian sebelum sebarang cadangan dikemukakan,'' katanya sambil mempelawa orang ramai mengemukakan maklum balas tentang TPBID melalui laman webnya.
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com