April 14, 2010

Ulasan Pasaran: Harga saham ditutup rendah

Penurunan secara menyeluruh akibat aktiviti pengambilan untung

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup rendah secara menyeluruh semalam berikutan aktiviti pengambilan untung, dengan pengeluar sarung tangan getah seperti Top Glove, mendahului senarai kaunter rugi, kata peniaga. Pada penutup, Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) turun 5.09 mata kepada 1,334.52 selepas dibuka 1.24 mata lebih tinggi pada 1,340.85. Indeks Kewangan menyusut 26.31 mata kepada 12,003.15, Indeks Perladangan turun 15.02 mata kepada 6,504.63, Indeks Perusahaan susut 3.99 mata kepada 2,768.08 manakala Indeks FBM Emas Index turun 42.48 mata kepada 9,076.25.

FBM70, turun 34.96 mata kepada 9,102.99 dan Indeks FBM Ace susut 34.08 mata kepada 4,254.31.

Kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 495 berbanding 238 manakala 259 kaunter tidak berubah, 365 tidak diniagakan dan 32 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 1.0275 bilion saham bernilai RM1.413 bilion, turun berbanding 1.113 bilion saham bernilai RM1.658 bilion kelmarin.
Top Glove susut 60 sen kepada RM12.90 dan mendahului senarai saham rugi. Ia disusuli British American Tobacco yang rugi 54 sen kepada RM45.

Pengeluar sarung getah lain yang turut mengalami kerugian ialah Kossan yang susut 35 sen kepada RM7.56, Supermax menyusut 25 sen kepada RM6.64, Latexx susut 22 sen kepada RM3.77 dan Hartalega turun 18 sen kepada RM7.60.
Dikalangan kaunter aktif, Talam tidak berubah pada 13.5 sen, Affin Holdings Warrants 3 susut lima sen kepada 16.5 sen dan KNM Group mencatatkan kerugian setengah sen kepada 72 sen.

Kaunter berwajaran tinggi, Maybank menokok satu sen kepada RM7.51, Sime Darby dan Maxis masing-masing tidak berubah pada RM8.79 dan RM5.29, CIMB Group turun empat sen kepada RM14.18, Tenaga Nasional rugi 18 sen kepada RM8.37 dan MISC susut tiga sen kepada RM8.65.

Jumlah dagangan di pasaran utama turun sedikit kepada 870.902 juta saham bernilai RM1.354 bilion, berbanding 929.34 juta saham, bernilai RM1.601 bilion pada Isnin.

Jumlah dagangan di pasaran ACE meningkat kepada 48.088 juta saham, bernilai RM9.641 juta berbanding 47.864 juta saham bernilai RM8.862 juta sebelumnya.
Transaksi warrant susut kepada 80.064 juta unit, bernilai RM20.677 juta berbanding 123.253 juta unit bernilai RM35.698 juta sebelumnya.

Produk pengguna menyumbang sebanyak 42.290 juta saham yang diniagakan di pasaran utama, barangan industri 265.032 juta, pembinaan 51.403 juta, perdagangan dan perkhidmatan 200.836 juta, teknologi 34.394 juta, infrastruktur 18.512 juta, kewangan 110.955 juta, hotel 8.569 juta, hartanah 115.996 juta, perladangan 19.814 juta, perlombongan 8,000, REIT 3.038 juta dan dana tertutup 51,200. – Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers