April 9, 2010

Pengambilan untung Bursa ditutup rendah

KUALA LUMPUR 8 April - Harga saham di Bursa Malaysia ditutup rendah dengan indeks utama susut hampir satu peratus dengan kegiatan pengambilan untung, didahului oleh CIMB Group dand MISC, kata para peniaga.

Pada pukul 5 petang, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) turun 12.16 mata untuk ditutup pada 1,332.93, selepas dibuka 2.78 mata lebih rendah pada 1,342.31.

Indeks Kewangan turun 123.09 mata kepada 12,027.09, Indeks Perladangan jatuh 43.50 mata kepada 6,497.86 manakala Indeks Perusahaan berkurangan 29.58 mata kepada 2,722.00.Indeks FBM Emas susut 85.32 mata kepada 9,066.70, FBM70 jatuh 115.20 mata kepada 9,093.41 dan Indeks FBM Ace turun 20.07 mata kepada 4,254.25.

Seorang peniaga berkata pengambilan untung hari ini memang dijangka selepas 13 hari dagangan tidak diganggu. Kerugian semalaman di Wall Street yang berkait dengan kebimbangan bahawa kadar faedah Amerika Syarikat tidak akan kekal lagi pada paras semasa yang rendah, juga terus menjejaskan sentiman pasaran tempatan, katanya.

Pada umumnya, saham rugi mengatasi untung pada 476 berbanding 239 manakala 292 kaunter tidak berubah, 350 tidak didagangkan dan 31 yang lain digantung.

Secara keseluruhan jumlah dagangan pada 1.279 bilion saham bernilai RM1.737 bilion berbanding semasa ditutup pada Rabu pada 1.134 bilion saham bernilai RM1.648 bilion.

Scomi Group mendahului saham aktif yang menokok 9.5 sen kepada 54 sen manakala Scomi-Warrants menambah empat sen kepada 28 sen manakala Scomi-ICSLS meningkat satu sen kepada 12 sen.

Affin Holdings-WC naik tiga sen kepada 26 sen manakala SAAG Consolidated susut setengah sen kepada 12.5 sen.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama naik kepada 1.089 bilion saham bernilai RM1.680 bilion berbanding 905.390 juta bernilai RM1.581 bilion yang dicatatkan pada Rabu.

Bagaimanapun, perolehan dagangan Pasaran ACE susut kepada 39.232 juta saham bernilai RM6.857 juta berbanding 73.174 juta saham bernilai RM12.363 juta semalam. Waran juga susut kepada 72.159 juta saham bernilai RM16.343 juta daripada 124.578 juta saham bernilai RM26.269 juta sebelumnya.

Barangan pengguna menguasai 25.046 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 353.064 juta, pembinaan 59.423 juta, dagangan dan perkhidmatan 300.371 juta, teknologi 27.058 juta, infrastruktur 29.207 juta, kewangan 151.849 juta, hotel 5.665 juta, hartanah 116.570 juta, perladangan 18.741 juta, perlombongan 14,000, REIT 1.603 juta dan dana tertutup 49,600.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers