April 14, 2010

Ulasan Pasaran: Indeks meningkat 11.20 mata

Harga saham ditutup tinggi dirangsang keuntungan saham berwajaran tinggi

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi semalam dengan Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) melepasi paras 1,300 mata. Pada penutup, indeks penanda aras menokok 11.20 mata kepada 1,304.85, dirangsang keuntungan dalam saham wajaran tinggi utama. Penganalisis Teknikal Kanan TA Securities, Stephen Soo, berkata sasaran berikutnya bagi FBM KLCI adalah sekitar paras 1,308 mata.

FBM KLCI mencecah paras tertingginya tahun ini pada 1,328.22 pada 10 Mac lalu.

“Walaupun sentimen berhati-hati masih wujud dengan masalah hutang Greek dan peningkatan kadar faedah di India, terdapat potensi untuk pasaran tempatan untuk terus meningkat.

“Pelabur mengharapkan pengumuman minggu depan mengenai model ekonomi baru yang akan merangsang pasaran dalam negara untuk mengatasi paras 1,325 mata,” katanya. Indeks Kewangan menokok 87.71 mata kepada 11,584.18, Indeks Perusahaan menambah 39.74 mata kepada 6,394.02 dan Indeks Perusahaan naik 19.13 mata kepada 2,626.94. Indeks FBM Emas meningkat 77.15 mata kepada 8,784.70 dan FBM70 menokok 80.66 mata kepada 8,592.43 tetapi Indeks FBM Ace susut 12.22 mata kepada 4,157.50.
Saham untung mengatasi rugi pada 446 kepada 253 manakala 278 kaunter kekal tidak berubah, 372 tidak didagangkan dan 30 yang lain digantung.

Jumlah dagangan lebih tinggi pada 907.7 juta saham bernilai RM1.487 bilion daripada 674.99 juta saham bernilai RM1.25 bilion kelmarin.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank menokok 13 sen kepada RM7.41, Sime Darby naik 10 sen kepada RM8.50 dan CIMB Group Holdings meningkat 12 sen kepada RM13.48 tetapi Maxis susut dua sen kepada RM5.35.

Antara saham aktif, Integrated Rubber Corporation naik 27 sen kepada RM1.20, KNM Group susut dua sen kepada 75 sen dan Eastern & Oriental menokok tiga sen kepada 95 sen dan Scomi Group turun dua sen kepada 36 sen.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 791.469 juta saham bernilai RM1.463 bilion daripada 592.52 juta saham bernilai RM1.23 bilion kelmarin.
Jumlah dagangan di pasaran ACE lebih tinggi pada 66.838 juta saham bernilai RM9.23 juta daripada 48.55 juta saham bernilai RM6.28 juta.

Waran meningkat kepada 31.83 juta unit bernilai RM4.66 juta daripada 19.91 juta unit bernilai RM3.46 juta.

Barangan pengguna menguasai 25.7 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 258.2 juta, pembinaan 41.4 juta, dagangan dan perkhidmatan 210.9 juta, teknologi 38.9 juta, infrastruktur 18.4 juta, kewangan 73.6 juta, hotel 4.3 juta, hartanah 94.2 juta, perladangan 21.2 juta, perlombongan 85,400, REIT 3.8 juta, dan tertutup/dana 110,800. – Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers