April 16, 2010

Ulasan Pasaran: Indeks utama kekal positif

Prestasi di Wall Street rangsang minat belian di pasaran tempatan

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur dengan indeks utama kekal dalam liPada jam 5 petang, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) naik 2.94 mata atau 0.22 peratus kepada 1,338.83 selepas dibuka 2.75 mata lebih tinggi pada 1,338.64. Peniaga berkata, pasaran tempatan dibuka kukuh setelah sentimen pelabur dirangsang oleh kenaikan semalaman di Wall Street.

Bagaimanapun, beberapa kegiatan pengambilan untung dan penjualan menyekat keuntungan terdahulu. Mengenai prestasi indeks lain, Indeks Kewangan meningkat 19.86 mata kepada 12,047.39, Indeks Perladangan naik 21.54 mata kepada 6,536.88 dan Indeks Perusahaan menambah 6.67 mata kepada 2,774.47.

Indeks FBM Emas menokok 13.52 mata kepada 9,106.95, FBM70 naik 21.42 mata kepada 9,156.56 manakala Indeks FBM Ace susut 7.1 mata kepada 4,239.01.
Saham rugi mengatasi untung pada 406 berbanding 293 manakala 298 kaunter tidak berubah, 363 tidak didagangkan dan 31 lagi digantung.
Jumlah dagangan meningkat kepada 1.045 bilion saham bernilai RM1.638 bilion daripada 845.006 juta saham bernilai RM1.364 bilion
kelmarin.

Antara saham aktif, KNM Group rugi 7.5 sen kepada 66.0 sen. Harga sahamnya turun kepada hampir paras rendah dalam setahun, selepas pemegang saham utama Lee Swee Eng dan dua rakan asing, gagal dalam usaha mereka mendapatkan aset dan liabiliti syarikat minyak dan gas disebabkan isu harga.

Sementara itu, Talam Corporation, susut setengah sen kepada 13.0 sen, Scomi Group jatuh satu sen kepada 48.0 sen manakala Perisai Petroleum menambah setengah sen kepada 61.0 sen.

Syarikat yang mula disenaraikan di Pasaran Utama, ECS ICT turun empat sen semasa ditutup kepada RM1.42 selepas dibuka pada RM1.52, enam sen lebih tinggi berbanding harga tawaran.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank kekal pada RM7.51, manakala Sime Darby susut empat sen kepada RM8.72 manakala CIMB Group berkurangan lapan sen kepada RM14.08. Antara saham paling untung, Lafarge Malayan Cement naik 32 sen kepada RM6.80, Panasonic Manufacturing meningkat 30 sen kepada RM16.60, Batu Kawan menokok 22 sen kepada RM10.84 manakala Hong Leong Bank menambah 21 sen kepada RM8.89.

Jumlah dagangan di pasaran utama naik kepada 898.819 juta saham bernilai RM1.595 billion daripada 717.561 juta saham bernilai RM1.322 bilion kelmarin.

Bagaimanapun, jumlah dagangan di pasaran ACE susut kepada 51.658 juta saham bernilai RM10.044 juta daripada 51.941 juta saham bernilai RM9.583 juta sebelumnya.

Urus niaga waran meningkat kepada 74.439 juta saham bernilai RM15.725 juta berbanding 53.257 juta saham bernilai RM12.564 juta kelmarin.

Barangan pengguna menguasai 32.051 juta saham didagangkan pasaran utama, barangan perusahaan 335.910 juta, pembinaan 62.894 juta, dagangan dan perkhidmatan 213.324 juta, teknologi 39.775 juta, infrastruktur 26.789 juta, kewangan 90.210 juta, hotel 7.782 juta, hartanah 69.814 juta, perladangan 17.970 juta, perlombongan 30,000, REIT 2.196 juta dan tertutup/dana 74,000. – Bernama

ngkungan positif dibantu oleh belian lewat dalam saham mewah terpilih, kata peniaga.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers