April 27, 2010

Saham mewah rangsang dagangan Bursa kukuh

KUALA LUMPUR 26 April - Harga saham di Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini, didorong oleh keuntungan pada kaunter berwajaran tinggi terpilih, terutamanya pada sesi lewat petang.

Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) yang dibuka 0.28 mata lebih rendah pada 1,336.50, ditutup pada 1,340.07 atau 3.29 mata lebih tinggi berbanding ketika ditutup Jumaat lepas.

Indeks Kewangan meningkat 50.08 mata kepada 1,2076.15 sementara Indeks Perusahaan susut 7.76 mata pada 2,777.62. Indeks Perladangan merosot 5.70 mata kepada 6,495.82.

Indeks FBM Emas meningkat 20.96 mata kepada 9,095.43 dan FBM70 naik 9.37 mata kepada 9,079.75. Indeks FBM Ace meningkat 39.46 mata kepada 4,213.81.

Kaunter untung mengatasi rugi pada 362 berbanding 307 sementara 305 kaunter tidak berubah, 385 tidak didagangkan dan 27 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah 799.769 juta saham bernilai RM935.964 juta berbanding 818.010 juta saham bernilai RM943.033 juta pada Jumaat.

Di kalangan saham aktif, Talam Corporation naik satu sen kepada 16.5 sen, KNM Group susut 1.5 sen kepada 58.5 sen, Tejari Technologies meningkat 9.5 sen kepada 25 sen dan Time Dotcom tidak berubah pada 49.5 sen.

Di kalangan saham berwajaran tinggi, Sime Darby naik empat sen kepada RM8.78, Maybank naik satu sen kepada RM7.48, CIMB Group Holdings bertambah 10 sen kepada RM14.30 dan Maxis menyusut satu sen kepada RM5.31.

Jumlah dagangan Pasaran Utama menyusut kepada 633.6 juta saham bernilai RM893.788 juta daripada 702.43 juta saham bernilai RM912.97 juta Jumaat lepas.

Perolehan dagangan pada Pasaran Ace meningkat kepada 113.4 juta saham bernilai RM21.448 juta daripada 66.71 juta saham bernilai RM12.49 juta.

Waran merosot kepada 43.098 juta unit bernilai RM10.257 juta daripada 39.91 juta unit bernilai RM10.2 juta.

Barangan pengguna mewakili 22.8 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, barangan industri 143.03 juta, pembinaan 39.3 juta, dagangan dan perkhidmatan 171.4 juta, teknologi 36.1 juta, prasarana 16.1 juta, kewangan 44.9 juta, perhotelan 8.58 juta, harta 133.12 juta, perladangan 15.81 juta, perlombongan 123,000, REIT 2.11 juta dan dana tertutup 39,000. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers