April 8, 2010

Hidupkan semula bursa saham bumiputera

SHAH ALAM 7 April - Bursa Saham Bumiputera (BSE), yang ditubuhkan pada tahun 1970-an, perlu dihidupkan semula bagi membantu syarikat milik bumiputera yang mahu disenaraikan serta mengumpul dana, kata Datuk Muhammad Salleh Majid.

Muhammad Salleh, bekas presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia) berkata, BSE yang diurus oleh Majlis Amanah Rakyat ketika itu, perlu dihidupkan semula bagi meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam pasaran ekuiti.

"Terdapat 10 syarikat yang disenarai di BSE ketika itu. Selapas ditutup, ada yang dipindahkan ke bursa saham lain, ada yang terus lenyap.

"Jika kita lihat peserta tempatan, terutama usahawan Melayu, mereka mempunyai ruang yang terhad untuk mengumpul dana. Mengapa tidak hidupkan semula BSE untuk membantu mereka?" katanya pada syarahan sempena makan tengah hari di sini.

Beliau bagaimanapun berkata, BSE memerlukan set peraturan berbeza dan sistem baharu memandangkan banyak syarikat bumiputera tidak layak disenarai di Bursa Malaysia kerana kekurangan modal berbayar.

"Saya mencadangkan di BSE, tidak perlu melihat modal berbayar tetapi sebaliknya menimbang penajaan daripada badan berkanun, agensi dan pelaburan serta bank-bank komersial," katanya.

Untuk disenarai di pasaran utama Bursa Malaysia, sesebuah syarikat perlu mempunyai modal berbayar sekurang-kurangnya RM60 juta, katanya.

Muhammad Salleh berkata, BSE juga boleh menimbang untuk membenarkan peratusan tertentu penyertaan bukan bumiputera.

Beliau juga mencadangkan kerajaan membenarkan dagangan dalam talian di BSE bagi membolehkan rakyat Malaysia di luar negara membeli saham. - BERNAMA

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers