April 6, 2010

Dagangan Bursa kekal kukuh

KUALA LUMPUR 5 April - Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup kukuh hari ini, sekali gus meneruskan keuntungan minggu lepas dengan dirangsang oleh belian kukuh ke atas saham-saham kewangan di celah-celah sentimen pasaran yang semakin baik, kata para peniaga.

Pada pukul 5 petang, petunjuk pasaran untuk Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) meningkat 5.81 mata atau 0.44 peratus kepada 1,341.75, selepas menyaksikan paras rendah seharian iaitu 1,339.28. Ia dibuka 3.36 mata lebih tinggi pada 1,339.30.

Pada penutup, Indeks Kewangan melonjak 124.61 mata kepada 12,104.89, Indeks Perladangan naik 26.51 mata kepada 6,527.57

Indeks FBM Emas menambah 48.59 mata kepada 9,110.71, Indeks FBM70 naik 60.93 mata kepada 9,125.42 dan Indeks FBM ACE mengukuh 13.0 mata kepada 4,267.32.

Saham-saham untung mengatasi saham rugi dengan 403 berbalas 322 sementara 289 kaunter tidak berubah, 339 tidak diniagakan dan 34 yang lain digantung urus niaga.

Jumlah dagangan keseluruhan untuk hari Isnin lebih tinggi kepada 1.053 bilion saham bernilai RM1.308 bilion berbanding 827.971 juta saham bernilai RM1.180 bilion yang diniagakan Jumaat lepas.

Mendahului saham aktif, Mithril lega tiga sen kepada 15 sen sementara Affin Holdings-Waran meningkat empat sen kepada 16 sen dan Haisan Resources kerugian sembilan sen kepada 50.5 sen. Transmile Group menambah 1.5 sen kepada 49 sen dan Iris-Waran kekal pada dua sen. CIMB Group menerajui FBM KLCI, dengan saham-sahamnya melonjak 16 sen kepada RM14.74.

Perolehan dagangan di Pasaran Utama mengukuh kepada 859.679 juta saham bernilai RM1.257 bilion berbanding penutup semalam iaitu 690.78 juta saham bernilai RM1.149 bilion.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE turut meningkat kepada 88.616 juta saham bernilai RM11.789 juta daripada 56.178 juta saham bernilai RM8.45 juta sebelumnya.Waran menambah kepada 84.586 juta unit bernilai RM21.283 juta daripada 74.05 juta unit bernilai RM15.4 juta.

Produk pengguna menguasai 25.690 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian 240.774 juta, pembinaan 53.717 juta, urus niaga dan perkhidmatan 301.822 juta, teknologi 33.766 juta, infrastruktur 23.651 juta, kewangan 96.530 juta, perhotelan 5.537 juta, hartanah 65.187 juta, perladangan 12.182 juta, perlombongan 47,000, REIT 704,600 dan dana tertutup 71,800.- Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers