April 30, 2010

Saham mewah rangsang Bursa kukuh

KUALA LUMPUR 29 April - Harga saham di Bursa Malaysia mencatatkan paras penutupan yang lebih tinggi hari ini ekoran kenaikan di kaunter-kaunter mewah dan yang berharga lebih rendah terpilih, kata peniaga.

Mereka berkata pasaran juga mengambil isyarat daripada kenaikan di Wall Street semalaman dan tanda-tanda pemulihan ekonomi AS.

Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) naik 2.69 mata kepada 1,335.86 selepas dibuka 0.36 mata lebih rendah pada 1,332.81. Indeks Kewangan menambah 9.51 mata kepada 11,992.99.

Indeks Perusahaan, bagaimanapun, turun 1.06 mata kepada 2,764.8 dan Indeks Perladangan susut 5.88 mata kepada 6,443.54. Indeks FBM Emas naik 16.75 mata kepada 9,040.53 dan FBM70 mengukuh 13.32 mata kepada 8,962.46.

Bagaimanapun, Indeks FBM Ace jatuh 13.59 mata kepada 4,163.63. Saham rugi mengatasi saham untung dengan jumlah 363 berbanding 347 manakala 279 kaunter tidak berubah, 378 tidak diniagakan dan 26 yang lain digantung urusniaga. Jumlah dagangan bertambah kepada 898.809 juta saham bernilai RM987.982 juta daripada 831.081 juta saham bernilai RM1.117 bilion semalam.

Antara saham-saham cergas, KNM Group naik 3.5 sen kepada 54.5 sen, Advance Information Marketing mengukuh dua sen kepada 40.5 sen, Intelligent Edge Technologies susut tiga sen kepada 3.5 sen dan Talam Corp jatuh sesen kepada14.5 sen.

Bagi saham-saham berwajaran tinggi, Maybank naik tiga sen kepada RM7.48, Sime Darby turun sesen kepada RM8.75, CIMB Group Holdings susut dua sen kepada RM14.14 dan Maxis kekal pada RM5.31.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 738.171 juta saham bernilai RM946.26 juta daripada 715.991 juta saham bernilai RM1.085 bilion semalam.

Pasaran ACE menyaksikan peningkatan jumlah dagangan kepada 81.978 juta unit bernilai RM18.476 juta daripada 55.399 juta unit bernilai RM11.910 juta semalam. Waran bertambah jumlahnya kepada 64.492 juta saham bernilai RM8.776 juta daripada 48.15 juta saham bernilai RM10.39 juta sebelumnya.

Barangan pengguna menguasai 20.66 juta saham yang diniagakan dalam Pasaran Utama, barangan perusahaan 196.4 juta, pembinaan 23.1 juta, perdagangan dan perkhimatan 177.3 juta, teknologi 27.76 juta, prasarana 13.5 juta, kewangan 57.5 juta, hotel 6.6 juta, harta 199.8 juta, perladangan 13.9 juta, perlombongan 12,000, REIT 1.03 juta dan dana tertutup 121,000. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers