February 24, 2009

Ulasan Pasaran: Saham DiTutup Paras 887.40 Mata

Pelabur amalkan sikap berhati-hati, tunggu pengumuman laporan ekonomi

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup rendah semalam dengan pelabur terus mengamalkan sikap berhati-hati menjelang pengumuman beberapa keputusan kewangan korporat dan laporan ekonomi yang dijadualkan minggu ini.

Penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) lega 1.88 mata untuk ditutup pada 887.83 selepas dibuka 2.31 mata lebih rendah pada 887.40 mata pagi semalam. Sepanjang sesi urus niaga, KLCI bergerak antara 885.40 dan 892.93 mata.

Hari seterusnya untuk minggu ini akan menyaksikan pengumuman kenyataan dasar monetari Bank Negara dan statistik portfolio pelaburan serta angka keluaran dalam negara kasar suku keempat 2008. Turut dijangka diumumkan minggu ini ialah keputusan kewangan suku keempat untuk saham berwajaran tinggi Maybank, Sime Darby dan Telekom Malaysia.

Indeks Perladangan semalam merosot 15.37 mata kepada 4,371.12 sementara Indeks Perindustrian turun 17.61 mata kepada 2,088.71 dan Indeks Kewangan berkurangan 3.13 mata kepada 7,023.69. Indeks FBMEmas merosot 6.36 mata kepada 5,831.48, Indeks FBM30 susut 11.22 mata kepada 5,756.76 tetapi Indeks FBMMesdaq menokok 14.19 mata kepada 3,156.36 dan FBM2BRD menambah 7.80 mata kepada 3,988.29.

Saham untung mengatasi saham rugi dengan 225 berbalas 206 sementara 211 kaunter tidak berubah, 604 tidak diniagakan dan 32 yang lain digantung. Jumlah dagangan semalam ialah 318.390 juta saham bernilai RM488.453 juta.

Peniaga berkata, tiada sebab utama untuk pelabur keluar dari pasaran saham tempatan memandangkan pertumbuhan ekonomi dan persekitaran perniagaan kekal berdaya tahan. Bagaimanapun, ada sesetengah pelabur yang masih lagi bimbang, tambah mereka. Urus niaga di bursa tempatan juga agak tipis semalam ekoran petunjuk lemah dari Wall Street.

Jumlah dagangan di Papan Utama merosot kepada 276.939 juta saham bernilai RM479.456 juta daripada 316.244 juta saham bernilai RM589.863 juta Jumaat lalu. Jumlah dagangan di Papan Kedua turun kepada 21.745 juta saham bernilai RM6.406 juta daripada 21.807 juta saham bernilai RM7.133 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq lega kepada 8.848 juta saham bernilai RM1.633 juta daripada 15.722 juta saham bernilai RM2.907 juta sebelumnya. Waran berkurangan kepada 10.478 juta bernilai RM882,233 berbanding penutup Jumaat pada 15.028 juta bernilai RM1.098 juta.

KNM Group adalah saham paling aktif diniagakan, merosot setengah sen kepada 40.5 dengan 318.52 juta saham diniagakan, diikuti dengan Compugates Holdings yang tidak berubah pada 17 sen dan Transmile Group menambah 14.5 sen kepada 65 sen. Saham mewah Sime Darby susut lima sen kepada RM5.60 tetapi Tenaga Nasional mengukuh lima sen kepada RM6.15 sementara Maybank kekal pada RM5.30.

Berdasarkan sektor, produk pengguna menguasai 7.968 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, produk perindustrian 63.060 juta, pembinaan 30.516 juta, urus niaga/perkhidmatan 93.778 juta, teknologi 3.321 juta, infrastruktur 8.309 juta, kewangan 21.480 juta, perhotelan 9.514 juta, hartanah 26.489 juta, perladangan 10.877 juta, perlombongan 3,000, REITs1.611 juta dan dana tertutup 7,400. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers