HARGA saham di Bursa Malaysia dijangka mengalami dagangan dalam jajaran kecil minggu ini, susulan kurangnya rangsangan tempatan dan luar negara, terutama selepas kejatuhan ketara di Wall Street Jumaat lalu, kata penganalisis.
Indeks utama Dow Jones jatuh 148.15 mata kepada 8,000.86 selepas penyiaran siri data ekonomi lemah di Amerika Syarikat (AS) termasuk pendapatan serta dakwaan mengenai pengangguran yang boleh menyebabkan ekonomi mengalami kemelesetan yang lebih teruk, katanya.
Tambahan pula, minggu ini adalah satu lagi minggu dagangan yang pendek berikutan pasaran ditutup semalam sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan.
Bagi minggu yang baru berakhir, pasaran juga ditutup pada 26 dan 27 Januari lalu sempena sambutan Tahun Baru Cina. “Justeru, pasaran mengalami kekurangan berita positif untuk memberi petunjuk, namun seperti kebiasaan mungkin akan berlaku aktiviti belian terpilih bagi kaunter tertentu.
Keseluruhan pasaran bagaimanapun dijangka mengalami aliran harga menurun,” katanya. TA Securities dalam nota kajiannya berkata, ketahanan pasaran adalah antara 885 dan 900, yang bertindak sebagai halangan kukuh berikutan tiada petunjuk positif.
“Sokongan serta-merta yang bermakna hanya dilihat sekitar 865 dengan 850 menjadi benteng kukuh,” kata firma sekuriti itu Jumaat lalu. Penganalisis lain bagaimanapun berkata pengumuman pakej rangsangan kedua, bergantung kepada sektor mana yang menjadi keutamaan, mungkin membantu menyemarakkan pasaran.
Khamis lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dilaporkan berkata Malaysia akan menyemak unjuran defisit bajetnya kepada menaik daripada 4.8 peratus tahun ini selepas pengumuman pakej rangsangan kedua.
Najib yang juga Menteri Kewangan, bagaimanapun enggan mengulas mengenai bila kerajaan akan mengumumkan pakej kedua itu. Pakej pertama membabitkan RM7 bilion diumumkan pada 4 November 2008.
Berdasarkan asas Jumaat ke Jumaat, KLCI menutup dagangan minggu lalu 884.45, meningkat 11.76 mata berbanding 872.69 pada penutup minggu sebelumnya. Indeks Perusahaan melonjak 42.13 mata kepada 2,098.39, Indeks Kewangan menokok 70.48 mata kepada 6,912.13, manakala Indeks Perladangan meningkat 164.29 mata kepada 4,450.05.
FBMEmas merekodkan 66.2 mata lebih tinggi pada 5,793.99, FBM30 menambah 75.22 mata kepada 5,709.63, FBM2BRD meningkat 11.06 mata kepada 3,938.62 dan FBM-MDQ meningkat 5.76 mata kepada 3,367.44.
Jumlah dagangan keseluruhan minggu lalu susut kepada 795.144 juta saham bernilai RM1.145 bilion berbanding 1.813 bilion saham bernilai RM2.211 bilion minggu sebelumnya. Jumlah dagangan di Papan Utama turun kepada 691.13 juta saham bernilai RM1.119 bilion berbanding 1.487 bilion saham bernilai RM2.129 bilion sebelumnya.
Jumlah dagangan di Papan Kedua meningkat kepada 208.746 juta saham bernilai RM15.723 juta berbanding 206.454 juta saham bernilai RM58.904 juta, Jumaat sebelumnya. Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq susut kepada 18.232 juta saham bernilai RM5.95 juta berbanding 57.759 juta saham bernilai RM15.468 juta minggu sebelumnya.
Waran susut kepada 23.697 juta saham bernilai RM2.631 juta berbanding 49.113 juta saham bernilai RM4.007 juta sebelumnya. - Bernama
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com