February 27, 2009

Sime Darby Untung RM1.64b

SIME Darby Bhd mencatat keuntungan sebelum cukai RM1.64 bilion bagi setengah tahun berakhir 31 Disember 2008, susut 24 peratus berbanding RM2.19 bilion dalam tempoh sama tahun sebelumnya.

Prestasi lebih rendah itu diraih menerusi pendapatan yang susut dua peratus kepada RM16 bilion daripada RM16.29 bilion pada 2007. Bagi suku kedua berakhir 31 Disember 2008, keuntungan sebelum cukai konglomerat itu susut kepada RM395.5 juta berbanding RM1.17 bilion sebelumnya, manakala pendapatan merosot kepada RM7.30 bilion daripada RM8.1 bilion.

Presiden dan Ketua Eksekutif Sime Darby, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid, berkata penurunan keuntungan dalam tempoh enam bulan pertama itu disebabkan kemerosotan keuntungan operasi sebanyak 28 peratus daripada bahagian perladangan.

Katanya, ia susulan kejatuhan harga minyak sawit mentah (MSM) sejajar kemelesetan ekonomi global. Bahagian perindustrian bagaimanapun mencatatkan prestasi kukuh dengan keuntungan operasi meningkat 23 peratus kepada RM436 juta, sebahagian besarnya disebabkan kekukuhan operasi di Asia Tenggara dan Australasia.

Seiring kedudukan ekonomi global yang tidak menggalakkan, Ahmad Zubir menjangka prestasi separuh kedua kekal mencabar, justeru usaha akan ditingkatkan untuk memastikan kecekapan operasi meningkat dan kos dikurangkan.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers