February 11, 2009

Tinjauan Pasaran: Pelabur tumpu saham mewah

Indeks Komposit Kuala Lumpur naik 6.88 ditutup kepada 903.52 mata

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup kukuh semalam bagi tiga hari pasaran berturut-turut berbanding Khamis lalu, apabila pelabur terus melabur dalam saham wajaran berat di tengah-tengah keadaan tidak menentu dalam ekonomi global.

Penurunan berterusan harga minyak mentah global merangsang minat dalam saham perladangan serta berkaitan minyak dan tenaga, melonjakkan Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) yang naik hampir 6.88 mata untuk ditutup kepada 903.52, kata peniaga. KLCI dibuka 1.32 mata lebih tinggi kepada 897.96.

Bagaimanapun, peniaga berkata, pelabur terus berhati-hati menjelang pengumuman pelan pakej rangsangan Amerika Syarikat (AS) dan rancangan menyelamat bank yang dijadualkan lewat semalam.

Sebarang keputusan sudah pastinya mempengaruhi hala tuju bursa serantau termasuk Malaysia, jelas mereka. Pada akhir dagangan semalam, Indeks Perusahaan naik 22.36 mata kepada 2,129.46, Indeks Kewangan meningkat 28.14 mata kepada 7,152.78, manakala Indeks Perladangan menokok 99.74 mata kepada 4,649.25.

FBMEmas turun 40.14 mata kepada 5,911.27, FBM30 menambah 44.25 mata kepada 5,838.27, FBMMesdaq menokok 10.92 mata kepada 3,386.37, manakala FBM2BRD meningkat 47.34 mata kepada 3,972.45.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 270 berbanding 189, manakala 196 kaunter ditutup tidak berubah, 601 tidak diniagakan dan 32 yang lain digantung. Jumlah dagangan meningkat kepada 430.025 juta saham bernilai RM733.708 juta daripada 397.698 juta saham bernilai RM664.159 juta. Pasaran ditutup kelmarin sempena cuti Thaipusam.

Jumlah dagangan di Papan Utama meningkat kepada 382.148 juta saham bernilai RM722.166 juta daripada 332.425 juta unit bernilai RM648.07 juta. Jumlah dagangan di Papan Kedua turun kepada 26.489 juta saham bernilai RM7.466 juta daripada 30.006 juta saham bernilai RM8.118 juta sebelumnya.

dagangan di Pasaran Mesdaq berkurangan kepada 8.405 juta saham bernilai RM2.997 juta daripada 20.599 juta unit bernilai RM6.255 juta. Waran turun kepada 12.619 juta saham bernilai RM988,291 daripada 13.25 juta saham bernilai RM1.186 juta sebelumnya.

Di kalangan saham cergas, Pan Malaysian Industries menokok 1.5 sen kepada 5.5 sen, Pan Malaysian Industries-WA tidak berubah pada satu sen, manakala IOI Corporation menambah 10 sen kepada RM3.94.

Bagi saham wajaran berat, Sime Darby naik 15 sen kepada RM5.75, Maybank dan Bumiputra-Commerce kedua-duanya tidak berubah masing-masing kepada RM5.45 dan RM6.80, manakala Tenaga menokok 10 sen kepada RM5.85.

Mengikut sektor, barang pengguna menyumbang 6.862 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, barang perusahaan 48.668 juta, pembinaan 44.841 juta, perdagangan/perkhidmatan 150.314 juta, teknologi 3.082 juta, prasarana 8.194 juta, kewangan 37.336 juta, hotel 2.816 juta, harta 48.985 juta, perladangan 29.4 juta, perlombongan sifar, Reits 1.541 juta dan dana tertutup 109,100. – Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers