EKONOMI Malaysia mencatatkan pertumbuhan perlahan pada suku keempat 2008 dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang 0.1 peratus berbanding 4.7 peratus pada suku ketiga disebabkan keadaan ekonomi global yang merosot dengan lebih ketara.
Pertumbuhan pada suku tahun berkenaan terjejas oleh penurunan ketara dalam permintaan luar yang mengakibatkan eksport barangan dan perkhidmatan dari negara ini terus merosot sebanyak 40.1 peratus.
Bagaimanapun, permintaan dalam negara terus menyokong pertumbuhan dengan sebahagian besarnya disumbangkan oleh perbelanjaan swasta dan awam.
Sejajar aliran itu, bagi keseluruhan 2008, ekonomi Malaysia berkembang 4.6 peratus berbanding 6.3 peratus pada 2007. Bank Negara Malaysia (BNM) dalam kenyataan mengumumkan perkembangan ekonomi dan kewangan di Malaysia bagi suku keempat 2008 berkata, dalam tempoh kajian, semua sektor ekonomi mencatatkan penurunan dengan kejatuhan paling ketara dalam sektor perkilangan iaitu 8.8 peratus, khususnya dalam industri berorientasikan eksport disebabkan penguncupan ketara permintaan global.
Pertumbuhan industri berorientasikan domestik pula menyusut 2.5 peratus berikutan kemerosotan pengeluaran bahan berkaitan pembinaan.
Sektor pertanian mencatat pertumbuhan lebih perlahan pada suku keempat 2008 iaitu pada 0.5 peratus berikutan pengeluaran minyak sawit yang lebih sederhana manakala pengeluaran getah merosot.
Sektor perlombongan menguncup 5.7 peratus disebabkan pengeluaran minyak dan gas yang lebih rendah manakala kegiatan pembinaan merosot 1.6 peratus ekoran aktiviti dalam subsektor kejuruteraan awam yang lebih perlahan.
"Dalam suku berkenaan, sektor perkhidmatan kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan dan berkembang 5.6 peratus didorong pertumbuhan dalam subsektor perdagangan borong dan runcit, serta penginapan dan restoran," kata bank pusat.
Sebaliknya, Bank Negara berkata subsektor hartanah dan perkhidmatan perniagaan serta utiliti mengalami penguncupan berikutan aktiviti pasaran saham dan sektor perkhidmatan yang lebih lembap.
Pada suku keempat 2008, kadar inflasi menjadi sederhana kepada 5.9 peratus berbanding 8.3 peratus pada suku ketiga, sebahagian besarnya disebabkan beberapa siri penurunan harga runcit bahan api oleh kerajaan.
Bank Negara berkata, arah aliran inflasi yang menurun dijangka berterusan tahun ini. Selain itu, pada asas tunai, aliran masuk kasar bagi pelaburan langsung asing (FDI) juga lebih rendah pada suku keempat tahun lalu iaitu sebanyak RM9.3 bilion.
Rizab antarabangsa Bank Negara pula berjumlah RM316.8 bilion setakat 31 Disember 2008 dan kekal stabil pada RM317.7 bilion pada 13 Februari 2009. Bank Negara berkata, kedudukan kewangan sektor perbankan masih kukuh pada suku keempat tahun lalu dan terus berupaya memenuhi keperluan pembiayaan ekonomi negara.
February 28, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com