February 18, 2009

Bursa Malaysia ditutup rendah

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup rendah semalam selari dengan kejatuhan pasaran serantau ekoran kebimbangan mengenai pertumbuhan ekonomi yang lemah selain pendapatan korporat yang rendah.

Kerugian dialami saham berwajaran tinggi meletakkan Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) di bawah paras 900, turun 8.66 mata untuk menutup dagangan semalam pada 898.53. Indeks penanda aras itu yang dibuka 0.45 mata lebih rendah pada 906.74 pagi semalam, bergerak antara 894.48 dan 906.70.

Indeks Perusahaan susut 7.80 mata kepada 2,116.61, Indeks Kewangan turun 77.65 mata kepada 7,091.29 manakala Indeks Perladangan susut 78.72 mata kepada 4,543.82.

Bursa Malaysia telah memaklumkan bahawa indeks FTSE Bursa Malaysia (indeks FBM) tidak dapat diperoleh pada masa ini susulan masalah dalam sistem penyebaran harga.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 332 berbanding 137 manakala 208 kaunter tidak berubah, 573 tidak diniagakan dan 35 lagi digantung. Dalam dagangan sederhana, jumlah dagangan semalam sebanyak 354.749 juta bernilai RM500.331 juta, turun daripada 339.514 juta saham bernilai RM496.341 juta kelmarin.

Menurut peniaga, prestasi bursa tempatan secara relatifnya kukuh memandangkan KLCI susut kurang daripada satu peratus berbanding bursa serantau lain. Antaranya, Shanghai susut 2.93 peratus, Hong Kong 3.8 peratus, Thailand 1.73 peratus, Singapura 1.99 peratus, Jepun 1.4 peratus, Korea 4.1 peratus dan Taiwan 2.17 peratus.

Jumlah dagangan di Papan Utama turun kepada 285.487 juta saham bernilai RM483.864 juta berbanding 342.836 juta saham bernilai RM483.824 juta kelmarin. Jumlah dagangan di Papan Kedua meningkat kepada 31.432 juta saham bernilai RM10.655 juta berbanding 29.186 juta saham bernilai RM7.840 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq meningkat kepada 16.593 juta saham bernilai RM3.521 juta berbanding 11.866 juta saham bernilai RM3.022 juta sebelumnya. Waran adalah lebih tinggi pada 19.069 juta bernilai RM1.462 juta berbanding 14.767 juta bernilai RM1.280 juta kelmarin.

Peneraju saham paling banyak dilanggan, KNM Group susut 1.5 sen kepada 42 sen, Talam Corp turun setengah sen kepada 4.5 sen manakala Landmarks menokok dua sen kepada 81 sen. Saham berwajaran tinggi utama yang mengheret turun KLCI lebih rendah ialah Sime Darby yang susut lima sen kepada RM5.65, Tenaga Nasional turun 20 sen kepada RM6.10 dan Maybank susut 10 sen kepada RM5.40.

Ketiga-tiga kaunter itu menyumbang kira-kira 18.823 peratus wajaran kepada KLCI. Mengikut sektor, barangan pengguna menyumbang 7.119 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, produk perindustrian 41.556 juta, pembinaan 28.550 juta, dagangan/perkhidmatan 91.489 juta, teknologi 6.748 juta, infrastruktur 9.959 juta, kewangan 18.025 juta, hotel 14.455 juta, hartanah 54.163 juta, perladangan 11.965 juta, perlombongan tiada, REIT 1.334 juta dan dana tertutup 119,000. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers