February 17, 2009

Pelabur tumpu saham perladangan

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur semalam dengan tumpuan minat terhadap saham perladangan ekoran jangkaan pendapatan lebih baik susulan peningkatan harga minyak sawit.

Peniaga berkata, harga kontrak hadapan minyak sawit mentah (MSM) mencecah tahap tertinggi dalam tempoh lima minggu pada Jumaat lalu, sekali gus merangsangkan harga saham kaunter perladangan tempatan.

Bagaimanapun, penurunan harga beberapa kaunter berwajaran tinggi dan berkaitan indeks menyebabkan penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) merosot 2.65 mata kepada 907.19 mata.

KLCI dibuka 0.68 mata lebih rendah pagi semalam, manakala sepanjang sesi dagangan ia bergerak antara 909.16 hingga 904.20 mata. Menurut peniaga, pelabur secara umumnya bimbang mengenai kenaikan harga minyak mentah, dengan meningkat 10 peratus Jumaat lalu, justeru berpotensi menyebabkan kos kendalian meningkat.

Indeks Perusahaan susut 7.97 mata kepada 2,124.41 dan Indeks Kewangan turun 13.35 mata kepada 7,168.94 manakala Indeks Perladangan mengukuh 20.22 mata kepada 4,622.54 mata.
Bagaimanapun, Bursa Malaysia Bhd, pengendali tunggal pasaran saham tempatan, buat sementara waktu ini, Indeks FTSE Bursa Malaysia (FBM) tidak dapat diadakan kerana masalah sistem penyebaran harga.

Katanya, pasaran sekuriti dan derivatif disambung dagangan seperti biasa pada sesi petang selepas tergendala pada jam 12.19 tengah hari berikutan masalah teknikal itu. Saham rugi mengatasi saham untung dengan jumlah 242 berbanding 215 manakala 203 kaunter tidak berubah, 591 tidak diniagakan dan 35 yang lain digantung urus niaga.

Pasaran yang menyaksikan dagangan sederhana semalam mencatatkan urus niaga berjumlah 399.514 juta saham bernilai RM496.341 juta, susut daripada 535.842 juta saham bernilai RM797.894 juta, Jumaat lalu.

Jumlah dagangan di Papan Utama menguncup kepada 342.836 juta saham bernilai RM483.824 juta daripada 474.568 juta saham bernilai RM782.602 juta. Di papan Kedua, jumlah dagangan susut kepada 29.186 juta saham bernilai RM7.840 juta daripada 37.828 juta saham bernilai RM10.916 juta sebelumnya.

Pasaran Mesdaq mencatatkan peningkatan jumlah dagangan kepada 11.866 juta saham bernilai RM3.022 juta daripada 8.955 juta saham bernilai RM2.892 juta, Jumaat lalu. Waran meningkat jumlahnya kepada 14.767 juta bernilai RM1.280 juta berbanding 13.363 juta bernilai RM1.203 juta pada penutupan Jumaat lalu.

Saham paling banyak diurus niaga, Compugates, menokok sesen kepada 17 sen, Malaysian Resources Corp bergerak mendatar pada 88.5 sen dan UEM Land Holdings menambah 1.5 sen kepada 78.5 sen.

Saham mewah utama yang memberi tekanan menurun kepada KLCI ialah Tenaga Nasional dan Maybank, yang turun lima sen setiap satu kepada RM6.30 dan RM5.50 sesaham. Sementara itu, saham perladangan Sime Darby dan IOI Corp masing-masing kekal pada RM5.70 dan RM3.86 sesaham manakala Kuala Lumpur Kepong menambah 10 sen kepada RM11.10 sesaham.

Sektor barangan pengguna menyumbang 5.445 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, barangan perusahaan 45.682 juta, pembinaan 49.031 juta, perdagangan dan perkhidmatan 111.521 juta, teknologi 5.480 juta, prasarana 9.850 juta, kewangan 22.674 juta, hotel 16.846 juta, harta 49.760 juta, perladangan 15.014 juta, perlombongan 11,200, REIT 1.447 juta, dan dana tertutup 71,800 unit. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers