February 5, 2009

Tinjauan Pasaran: Pelabur terus berhati-hati

Tiada banyak berita positif dalam negara untuk merangsang pasaran

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur semalam apabila pelabur terus berhati-hati dengan ketiadaan minat belian berterusan disebabkan kebimbangan yang berlanjutan mengenai ekonomi global.

Penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) ditutup 2.87 mata lebih rendah pada 876.8, setelah dibuka 1.37 mata lebih tinggi pada 881.04.

Peserta pasaran sekarang memilih untuk melihat pasaran dari sudut jangka pendek kerana berita positif dan negatif silih berganti jam demi jam, kata seorang peniaga. Dalam negara, tiada banyak berita positif yang kukuh untuk merangsang pasaran dan pelabur menunggu perincian pakej rangsangan kedua.

Beliau berkata kebanyakan pelabur mungkin memilih untuk berada di luar pasaran hingga selepas Perhimpunan Agung Umno Mac ini, untuk mendapatkan keputusannya.

"Pada masa ini, pelabur memilih untuk tidak memasuki pasaran, bukan saja pasaran tempatan malah di negara lain, disebabkan oleh keadaan turun naik yang berterusan itu," kata ketua eksekutif Bursa Malaysia Bhd, Datuk Yusli Mohamed Yusoff, dalam kenyataan ketika mengulas prestasi pasaran.

Yusli berkata, ketidaktentuan dalam pasaran akan berterusan hinggalah muncul tanda-tanda kestabilan ekonomi yang jelas dari Amerika Syarikat (AS) dan pasaran maju yang lain. Indeks Perusahaan merosot 15.85 mata kepada 2,060.26 dan Indeks Kewangan turun 31.29 mata kepada 6,900.89 tetapi Indeks Perladangan meningkat 7.34 mata kepada 4,456.82.

FBMEmas 15.85 mata lebih rendah pada 5,742.31, FBM30 jatuh 22.66 mata kepada 5,649.98, FBMMesdaq susut 23.94 mata kepada 3,300.64 dan FBM2BRD turun 10.28 mata kepada 3,897.62.

Saham untung mengatasi saham rugi dengan jumlah 225 berbanding 218, manakala 222 kaunter tidak berubah, 592 tidak diniagakan dan 35 yang lain digantung urus niaga. Jumlah dagangan mengecil kepada 298.944 juta saham bernilai RM408.384 juta daripada 301.263 juta saham bernilai RM506.259 juta kelmarin.

Antara saham cergas, Compugates mengukuh 1.5 sen kepada 16 sen, KNM menokok setengah sen kepada 44 sen dan PICORP menambah sesen kepada 45.5 sen. Bagi saham berwajaran tinggi, Sime Darby turun lima sen kepada RM5.35, Maybank susut lima sen kepada RM5.25 manakala Tenaga dan Telekom masing-masing kekal pada RM5.70 dan RM3.16.

Jumlah dagangan di Papan Utama susut kepada 243.562 juta saham bernilai RM394.845 juta daripada 257.235 juta saham bernilai RM497.228 juta kelmarin. Di Papan Kedua, jumlah dagangan bertambah kepada 30.772 juta saham bernilai RM9.224 angan kepada 8.988 juta saham bernilai RM2.422 juta daripada 7.929 juta saham bernilai RM2.783 juta.

Waran bertambah kepada 14.768 juta saham bernilai RM1.718 juta daripada 14.675 juta saham bernilai RM546,443. Sektor barangan pengguna menguasai 4.976 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, barangan perusahaan 46.489 juta, pembinaan 24.023 juta, perdagangan/perkhidmatan 94.348 juta, teknologi 6.972 juta, prasarana 5.346 juta, kewangan 17.472 juta, hotel 2.319 juta, harta 31.116 juta, perladangan 8.671 juta, perlombongan 1,000, REIT 1.799 juta dan dana tertutup 31,500. – Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers