February 20, 2009

Pakej Kedua Lebih Komprehensif

NOR Mohamed Yakcop menurunkan tanda tangan pada plak di majlis pelancaran Skim Pembiayaan Peribadi Gratuiti dan Skim Pembiayaan Peribadi Pesara Kerajaan EONCAP Islamic Bank, di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 19 Feb. – Kerajaan memberi jaminan pakej rangsangan ekonomi kedua yang akan dibentangkan dalam bajet mini adalah lebih komprehensif dan menyeluruh.

Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, bajet mini itu bakal menangani isu semasa dengan memberi bantuan kepada pihak yang memerlukannya dalam keadaan yang mendesak ini.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut butir-butir terperinci bajet mini sehingga ia dibentangkan dalam tempoh antara dua hingga tiga minggu lagi oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

‘‘Yang pasti, semua sektor yang tenat ekoran kelembapan ekonomi akan diberi penekanan dan keutamaan seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pelancaran Skim Pembiayaan Peribadi Gratuiti dan Skim Pembiayaan Peribadi Pesara Kerajaan EONCAP Islamic Bank, di sini hari ini.
Menurut Nor Mohamed, kerajaan sentiasa peka dan bersedia memastikan negara mampu berdepan dengan keadaan ekonomi yang mencabar.

Ditanya sama ada kerajaan menghadapi masalah menyuntik pakej rangsangan kedua, beliau memberitahu, kerajaan tidak ada masalah mencari sumber bagi menyediakannya.
Mengenai sama ada kecairan dalam sistem perbankan merupakan satu ancaman berikutan penurunan kadar faedah baru-baru ini, beliau berkata, pemulihan ekonomi tidak hanya bergantung hanya kepada dasar kewangan.

‘‘Matlamat utama sekarang ialah memastikan bank masih memberi pinjaman dan mengekalkan pengambilan pekerja pada tahap yang tinggi,” ujarnya.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, beliau berkata, Bank Negara Malaysia akan menerbitkan Bon Simpanan Merdeka berjumlah sehingga RM1 bilion pada 18 Mac ini.
Katanya, bon itu adalah terbitan pertama daripada dua siri dengan tempoh matang selama tiga tahun.

‘‘Bon Simpanan Merdeka, adalah simpanan tambahan kepada rakyat Malaysia yang berusia 56 tahun dan ke atas yang menawarkan peluang pinjaman jangka panjang yang lebih stabil,” jelasnya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers