February 20, 2009

Saham berwajaran tinggi kukuh

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur semalam, di tengah-tengah minat konsisten untuk saham berkaitan indeks berikutan kerugian selama tiga hari berturut-turut.

Keuntungan pada saham berwajaran tinggi utama membantu meningkatkan penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) kepada 899.59, naik 4.36 mata selepas dibuka 1.15 mata lebih tinggi pada 896.38 pagi semalam. Sepanjang sesi urus niaga, KLCI bergerak antara 900.84 dan 895.51.

Saham perladangan adalah antara yang paling dijual untuk empat hari urus niaga yang lalu ekoran kebimbangan akan berlakunya penurunan seterusnya dalam harga minyak sawit mentah dan ini boleh menjejaskan pendapatan.

Penanda aras niaga hadapan minyak sawit mentah Malaysia untuk kontrak Mei kini berada di bawah paras RM1,900 satu tan. Indeks Perladangan susut 34.90 mata kepada 4,392.13 sementara Indeks Perindustrian menokok 7.30 mata kepada 2,113.15 dan Indeks Kewangan pula 41.41 mata lebih tinggi pada 7,132.46.

Indeks FBMEmas mengukuh 27.47 mata kepada 5,896.54, Indeks FBM30 menambah 39.78 mata kepada 5,823.53 sementara FBMMesdaq turun 76.43 mata kepada 3,199.92 dan FBM2BRD menokok 6.55 mata kepada 4,001.99.

Saham rugi mengatasi saham untung dengan 251 berbalas 211 sementara 203 kaunter tidak berubah, 607 masih tidak diniagakan dan 32 yang lain digantung. Jumlah dagangan semalam adalah 334.989 juta saham bernilai RM595.489 juta, meningkat daripada 303.596 juta saham bernilai RM491.432 juta kelmarin.

Menurut peniaga, prestasi pasaran semalam agak kukuh berikutan meningkatnya keyakinan terhadap pemulihan ekonomi global dengan Amerika Syarikat mula mengagihkan pakej rangsangannya.

Langkah paling terbaru adalah pakej AS$275 bilion (RM1.003 trilion) untuk merangsangkan pasaran perumahan memandangkan data baru-baru ini sudah menunjukkan ia mula men-cecah rekod rendah.

Jumlah dagangan di Papan Utama meningkat kepada 295.281 juta saham bernilai RM587.371 juta daripada 260.231 juta saham bernilai RM482.849 juta kelmarin. Jumlah dagangan di Papan Kedua mengukuh kepada 17.286 juta saham bernilai RM5.087 juta daripada 16.519 juta saham bernilai RM4.268 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq lebih tinggi kepada 15.042 juta saham bernilai RM2.384 juta daripada 11.485 juta saham bernilai RM2.803 juta sebelumnya. Waran merosot kepada 7.035 juta bernilai RM506,555 berbanding penutup semalam iaitu 14.637 juta bernilai RM1.346 juta.

Compugates adalah saham yang paling aktif diniagakan. Ia kekal pada harga semalaman 16.5 sen dengan 21.286 juta saham diniagakan, diikuti dengan KNM yang tidak berubah pada 42 sen dan MRCB naik setengah sen kepada 90 sen.

Saham berwajaran tinggi utama, Sime Darby menokok lima sen kepada RM5.65 sementara Tenaga Nasional dan Maybank, masing-masing mengukuh 10 sen kepada RM6.30 dan RM5.60. Berdasarkan sektor, produk pengguna menguasai 13.545 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, produk perindustrian 40.079 juta, pembinaan 38.983 juta, urus niaga/perkhidmatan 106.153 juta, teknologi 3.991 juta, infrastruktur 9.552 juta, kewangan 26.149 juta, perhotelan 8.367 juta, hartanah 31.949 juta, perladangan 14.687 juta, perlombongan sifar, REIT 1.746 juta dan dana tertutup 76,500. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers