February 27, 2009

Tinjauan Pasaran: KLCI Ditutup Paras Lebih Rendah

Minat terhadap saham mewah bantu tebus kejatuhan dalam bursa tempatanBURSA Malaysia ditutup lebih rendah semalam selepas diheret turun kaunter kewangan dan jualan sederhana di kaunter bermodal besar.

Peniaga berkata, peserta pasaran bimbang mengenai margin faedah bersih dan lembaran imbangan bank berikutan penurunan 50 mata asas kadar dasar semalaman (OPR) kepada dua peratus.

Kejatuhan di kaunter kewangan mendorong penanda aras, Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI), turun 3.09 mata kepada 893.42 mata selepas dibuka 1.74 mata lebih rendah pada 894.77 pagi semalam.

Bumiputra-Commerce dan Maybank susut 10 sen, masing-masing kepada RM6.70 dan RM5.25. Maybank dijadualkan mengumumkan keputusan kewangannya hari ini. Bagaimanapun, kata peniaga itu kejatuhan dibendung oleh kenaikan di kaunter perladangan ekoran data eksport yang kukuh.

IOI Corp naik enam sen kepada RM3.78, Kuala Lumpur Kepong melonjak 10 sen kepada RM10.00 dan IJM Plantations meningkat tiga sen kepada RM2.04 Peniaga berkata, dagangan keseluruhannya kecil saja menjelang pengumuman data keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku keempat 2008 hari ini.

Sepanjang sesi dagangan semalam, KLCI bergerak di antara 892.52 dengan 897.55. Indeks Kewangan jatuh 106.66 mata kepada 7,010.09 dan Indeks Perusahaan susut 1.04 mata kepada 2,112.10 tetapi Indeks Perladangan meningkat 39.55 mata kepada 4,416.01.

FBMEmas turun 24.76 mata kepada 5,856.59, FBM30 susut 32.39 mata kepada 5,805.19, FBM2BRD jatuh 29.27 mata kepada 3,963.50 dan FBMMesdaq hilang 9.45 mata kepada 3,118.60. Saham rugi mengatasi saham untung dengan jumlah 267 berbanding 190 manakala 215 kaunter tidak berubah, 578 tidak diniagakan dan 32 yang lain digantung urus niaga.

Saham diurus niaga semalam berjumlah 332.422 juta unit bernilai RM599.722 juta, meningkat daripada 327.152 juta unit bernilai RM616.218 juta kelmarin. Peniaga berkata, minat terhadap saham mewah sedikit sebanyak membantu menebus sebahagian kejatuhan dalam bursa tempatan.

Sime Darby naik lima sen kepada RM5.75 menjelang pengumuman pendapatan korporatnya semalam, dengan pelabur mengharapkan keputusan yang baik. Satu lagi kaunter mewah, Tenaga Nasional, melonjak 10 sen kepada RM6.40, selepas syarikat itu berkata ia akan hanya meminjam dalam nilai ringgit pada masa depan bagi mengelakkan pendedahan kepada keadaan turun naik pertukaran mata wang asing.

Kaunter pengendali tol juga menarik minat dengan Litrak meningkat lapan sen kepada RM1.98 dan PLUS Expressways naik enam sen kepada RM2.95, selepas kerajaan meluluskan kenaikan kadar bagi lima lebuh raya mulai 1 Mac 2009. Lebuh raya berkenaan termasuk Lebuh Raya Utara-Selatan yang dikendalikan oleh Plus dan Lebuhraya Sprint milik Litrak Holdings.

Jumlah dagangan di Papan Utama mengecil kepada 283.029 juta saham bernilai RM589.744 juta daripada 292.174 juta saham bernilai RM607.965 juta kelmarin. Di Papan Kedua jumlah dagangan bertambah kepada 20.450 juta saham bernilai RM6.020 juta daripada 16.171 juta saham bernilai RM5.202 juta sebelumnya.

Pasaran Mesdaq mencatatkan jumlah dagangan lebih tinggi iaitu 9.827 juta saham bernilai RM2.136 juta daripada 6.970 juta saham bernilai RM1.944 juta sebelumnya. Waran meningkat kepada 18.017 juta saham bernilai RM1.481 juta berbanding 11.412 juta bernilai RM1.014 juta, kelmarin.

Bagi saham cergas, Compugates susut setengah sen kepada 16.5 sen, KNM Group turun 10 sen kepada 40 sen dan Telekom Malaysia jatuh enam sen kepada RM3.50. Antara saham mewah yang lain, Public Bank naik lima sen kepada RM8.65, selepas bank itu berkata, penurunan kadar faedah baru-baru ini tidak terlalu menjejaskan pendapatannya.

Sementara itu, Genting Bhd jatuh enam sen kepada RM3.54, ekoran kebimbangan mengenai pendapatan, kerana unitnya, Resorts World, menyumbang 65 peratus kepada keuntungan sebelum cukainya. Resorts World turun dua sen kepada RM2.22 selepas ia melaporkan penurunan untung bersih sebanyak 59.2 peratus pada 2008 kepada RM634.4 juta daripada RM1.55 bilion pada 2007.

Sektor barang pengguna menyumbang 7.469 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, barang perusahaan 41.757 juta, pembinaan 29.308 juta, perdagangan/perkhidmatan 119.090 juta, teknologi 5.283 juta, prasarana 14.966 juta, kewangan 25.122 juta, hotel 1.057 juta, harta 26.370 juta, perladangan 11.854 juta, perlombongan tiada, REIT 726,900 dan dana tertutup 2,000. – Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers