February 24, 2009

Bumiputra-Commerce Untung RM2.71B

Prestasi lebih rendah bersandar pendapatan kurang kepada RM7.74 bilion

BUMIPUTRA-Commerce Holdings Bhd (BCHB) mencatat keuntungan sebelum cukai RM2.71 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008 berbanding RM3.68 bilion dalam tempoh sama tahun sebelumnya.

Keuntungan bersih dalam tempoh kajian berjumlah RM1.95 bilion berbanding RM2.79 bilion dalam tahun kewangan 2007.

Prestasi lebih rendah dalam itu bersandarkan pendapatan yang berkurangan kepada RM7.74 bilion daripada RM9.01 bilion tahun sebelumnya. Bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2008, kumpulan perbankan dan kewangan itu mencatat keuntungan sebelum cukai RM448.14 juta berbanding RM738.55 juta pada suku sama 2007, manakala pendapatan sebanyak RM1.88 bilion berbanding RM1.95 bilion.

Di sebalik prestasi kurang memberangsangkan dalam tahun kewangan dikaji, BCHB mengumumkan pembayaran dividen awal 25 sen sesaham yang berjumlah RM699.4 juta.

Ketua Eksekutif BCHB, Datuk Seri Nazir Razak, berkata kumpulan berkenaan tetap berpuas hati dengan prestasi yang lemah itu selepas mengambil kira pelbagai perkara. Katanya, ini termasuk proses penggabungan antara anak syarikatnya, PT Bank Niaga Tbk dengan PT Bank Lipo Tbk di Indonesia dan pengambilalihan 42 peratus kepentingan dalam BankThai di Thailand.

“Kami melihat 2008 dengan rasa yang puas kerana transformasi perbankan pengguna Malaysia diterjemahkan menjadi pemulihan pendapatan yang dramatik, walaupun kami mengalami kejatuhan besar dalam sumbangan daripada perniagaan pasaran modal.

“Selain itu, walaupun kami menyerap dua institusi perbankan serantau dan menanggung kos penggabungan yang berkaitan, proses ini membolehkan kami mengukuhkan kualiti aset dan nisbah modal kumpulan,” katanya mengumumkan keputusan kewangan BCHB bagi 2008 di Kuala Lumpur, semalam.

Nazir menjelaskan, prestasi lemah itu juga selepas mengambil kira penggabungan Bank Niaga dan Lippo Bank, selain pengambilalihan BankThai, yang masing-masing mempengaruhi keputusan dua bulan terakhir tahun kewangan dikaji.

“Tanpa mengambil kira kos berkaitan penggabungan, pendapatan bersih kumpulan sebenarnya hanya turun 2.6 peratus kepada RM2.064 bilion daripada RM2.119 bilion,” katanya. Dalam tempoh kewangan dikaji, pendapatan daripada perniagaan perbankan korporat dan pelaburan serta perbendaharaan BCHB menurun kepada RM816 juta dan kepada RM986 juta.

Ia susulan berkurangnya aktiviti pasaran modal dan meluasnya tebaran kredit bon, sementara perniagaan perbankan perniagaan dan sewa beli pula masing-masing susut 1.2 peratus dan lima peratus.

Mengenai tahun kewangan semasa yang akan berakhir 31 Disember 2009, Nazir berkata, walaupun dunia berdepan krisis ekonomi yang semakin mendalam, pihaknya yakin masih mampu mencatat prestasi yang lebih baik daripada tahun lalu.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers