February 25, 2009

Indeks KLCI ditutup 894.07 mata

HARGA saham mewah di Bursa Malaysia ditutup tinggi dengan kaunter kewangan menyediakan rangsangan berikutan jangkaan mereka akan mendapat faedah daripada pakej rangsangan yang akan diumumkan pada 10 Mac ini, walaupun kaunter berharga rendah terus turun disebabkan kebimbangan kelembapan ekonomi.

Bumiputra-Commerce naik 30 sen kepada RM6.75, manakala Maybank menokok 10 sen kepada RM5.40, kerana saham berkenaan antara yang dijangka paling mendapat faedah daripada aktiviti perniagaan perbankan pelaburan hasil daripada pakej rangsangan kedua. Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) meningkat 6.24 mata untuk ditutup pada 894.07 selepas dibuka 2.17 mata lebih rendah kepada 885.66 pagi semalam. Sepanjang sesi dagangan, KLCI bergerak antara 883.81 dengan 894.07.

Indeks Kewangan meningkat 93.42 mata kepada 7,117.11, Indeks Perusahaan menambah 18.78 mata kepada 2,107.49, tetapi Indeks Perladangan turun 7.97 mata kepada 4,363.15. FBMEmas naik 30.91 kepada 5,862.39, FBM30 meningkat 54.39 mata kepada 5,811.15; FBMMesdaq susut 24.84 mata kepada 3,131.52, manakala FBM2BRDturun 6.30 mata kepada 3,981.99. Kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 300 berbanding 160, manakala 194 tidak berubah, 590 tidak diniagakan dan 32 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 338.466 juta saham bernilai RM601.100 juta, peningkatan daripada 318.390 juta saham bernilai RM488.453 juta kelmarin. Peniaga berkata, minat dilihat dalam saham mewah terpilih susulan jangkaan pendapatan korporat yang baik.

Pendapatan korporat bagi suku keempat tahun lalu dijangka diumumkan tidak lama lagi dengan pasaran memberi tumpuan kepada Maybank dan Sime Darby. Bagaimanapun, katanya, peserta pasaran masih berhati-hati dengan angka keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku keempat 2008 yang dijadual diumumkan, Jumaat ini.

Jumlah dagangan di Papan Utama meningkat kepada 304.316 juta saham bernilai RM601.100 juta daripada 276.939 juta saham bernilai RM479.456 juta kelmarin. Jumlah dagangan di Papan Kedua susut kepada 14.715 juta saham bernilai RM3.841 juta daripada 21.745 juta saham bernilai RM6.406 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq meningkat kepada 10.449 juta saham bernilai RM2.312 juta daripada 8.848 juta saham bernilai RM1.633 juta sebelumnya. Waran turun kepada 8.395 juta bernilai RM768,553 berbanding 10.478 juta berjumlah RM882,233. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers