February 10, 2009

Tinjauan Pasaran: Saham dijangka diniaga tinggi

Sentimen positif berita pembentangan 'bajet mini' mampu rangsang ekonomi

HARGA saham di Bursa Malaysia dijangka diniagakan tinggi minggu ini berikutan sentimen positif pelabur bahawa pembentangan 'bajet mini' akan merangsang ekonomi dan pasaran tempatan, kata peniaga.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dilaporkan berkata Jumaat lalu bahawa Kabinet bersetuju untuk membentangkan bajet mini pada sidang parlimen akan datang.

Peniaga berkata, langkah kerajaan itu akan merangsang keyakinan pelabur dalam pasaran bagi tempoh sederhana dan jangka panjang. “Ia dijangka meningkatkan corak dagangan dan menarik lebih banyak dana asing dan tempatan,” katanya.

Beliau berkata, langkah rangsangan di Amerika Syarikat juga dijangka membantu melonjakkan pasaran tempatan apabila pelabur mengharapkan ia akan membawa kesan positif kepada asas ekonomi global.
“Pasaran tempatan juga dijangka mengambil petunjuk daripada prestasi di Wall Street dan pasaran serantau,” katanya. Sementara itu, penganalisis menjangkakan Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) diniagakan antara paras 890 mata hingga 900 mata minggu ini.

Pada asas mingguan, KLCI meningkat sebanyak 12.19 mata kepada 896.64 mata daripada 884.45 mata minggu sebelumnya. Indeks Perusahaan menambah 8.71 mata kepada 2,107.10, Indeks Kewangan naik 212.51 mata kepada 7,124.64 manakala Indeks Perladangan menokok 99.46 mata kepada 4,549.51.

FBMEmas naik 77.14 mata kepada 5,871.13, FBM30 menambah 84.39 mata kepada 5,794.02 manakala FBM2BRD meningkat 557.67 mata kepada 3,925.11. Bagaimanapun, FBMMDQ turun 563.17 mata kepada 3,375.45.

Jumlah dagangan jatuh kepada 1.314 bilion saham bernilai RM2.045 bilion daripada 795.144 juta saham bernilai RM1.146 bilion minggu sebelumnya. Jumlah dagangan Papan Utama meningkat kepada 1.072 bilion unit bernilai RM1.995 bilion daripada 691.130 juta saham bernilai RM1.119 bilion sebelumnya.

Jumlah dagangan di Papan Kedua menambah kepada 286.572 juta saham bernilai RM27.063 juta daripada 208.746 juta saham bernilai RM15.723 juta minggu sebelumnya. Jumlah dagangan Pasaran Mesdaq meningkat kepada 52.837 juta saham bernilai RM15.864 juta daripada 18.232 juta saham bernilai RM5.950 juta sebelumnya.

Waran naik kepada 87.411 juta saham bernilai RM5.691 juta daripada 23.697 juta saham bernilai RM2.631 juta pada minggu sebelumnya. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers