February 12, 2009

KLCI ditutup paras 897.07 mata

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit semalam selepas kegiatan membeli semasa saham berharga murah yang sederhana berjaya menyekat kerugian berterusan di bursa tempatan dengan kebimbangan terhadap pelan pakej rangsangan Amerika Syarikat (AS).

Ketika ditutup, penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) ditutup 6.45 mata lebih rendah atau 0.714 peratus pada 897.07, ditarik turun oleh kerugian kebanyakannya dalam IOI Corporation dan Bumiputra-Commerce.

Bagaimanapun, kegiatan membeli ketika saham berharga murah yang sederhana 10 minit sebelum pasaran ditutup menghalang beberapa kerugian, kata peniaga.

KLCI bergerak antara 894.63 dan 899.88 pada sesi dagangan semalam. Indeks Perusahaan susut 0.29 mata kepada 2,129.17, Indeks Kewangan turun 67.96 mata kepada 7,084.82 dan Indeks Perladangan rugi 67.48 mata kepada 4,581.77.

FBMEmas turun 34.43 mata kepada 5,876.84 manakala FBM30 susut 42.04 mata kepada 5,796.23 dengan FBMMesdaq menokok 18.86 mata kepada 3,405.23 dan FBM2BRD merosot 4.07 mata kepada 3,968.38.

rugi mengatasi saham untung pada 233 berbanding 188, manakala 204 kaunter ditutup tidak berubah, 631 tidak didagangkan dan 38 yang lain digantung. Jumlah dagangan susut kepada 313.431 juta saham bernilai RM433.459 juta daripada semasa ditutup kelmarin pada 430.025 juta saham bernilai RM733.708 juta.

Di Papan Utama, jumlah dagangan berkurangan kepada 254.64 juta saham bernilai RM421.073 juta daripada semasa ditutup kelmarin pada 382.148 juta saham bernilai RM722.166 juta. Jumlah dagangan di Papan Kedua turun kepada 21.607 juta saham bernilai RM7.084 juta daripada 26.489 juta saham bernilai RM7.466 juta sebelumnya.

Di Pasaran Mesdaq, jumlah dagangan naik kepada 9.278 juta saham bernilai RM2.861 juta daripada 8.405 juta saham bernilai RM2.997 juta kelmarin. Waran menokok kepada 27.117 juta unit bernilai RM2.185 juta berbanding ketika ditutup pada Selasa pada 12.619 juta saham bernilai RM988,291.

Antara saham aktif, Compugates Holdings menokok setengah sen kepada 15.5, Resorts World menambah masing-masing kepada RM6.65 dan RM8.55. Mengikut sektor, barangan pengguna menguasai 4.524 juta saham yang didagangkan di Papan Utama, barangan perusahaan 30.082 juta, pembinaan 30.587 juta, dagangan/perkhidmatan 112.22 juta, teknologi 3.912 juta, infrastruktur 4.724 juta, kewangan 14.208 juta, hotel 6.78 juta, hartanah 31.777 juta, perladangan 13.42 juta, perlombongan tiada, REIT 2.212 juta dan tertutup/dana 193,900. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers