February 20, 2009

PCI Gold DiLancarkan

KUALA LUMPUR 19 Feb. – Standard Chartered Bank Malaysia Bhd. (StanChart) dijangka menguasai 15 peratus pasaran pelaburan mata wang Malaysia menjelang akhir tahun ini.

Pengurus Besar Perbankan Premiumnya, Ronnie Lim berkata, sasaran itu dibuat ekoran pelancaran produk Premium Mata Wang Pelaburan Emas (PCI Gold) yang pertama seumpamanya diperkenalkan di negara ini.

‘‘Pelaburan mata wang yang melibatkan dwi pelaburan itu membabitkan mata wang dolar Amerika Syarikat dan emas.

‘‘Para pelabur berpeluang mendapat manfaat sehingga 25 peratus hasil setahun berdasarkan kadar pertukaran telah ditetapkan oleh pelabur,’’ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Produk Pelaburan PCI Gold di sini hari ini.

Produk tersebut ditawarkan oleh Pengurusan Harta StanChart dengan memberi pelabur pilihan pelaburan jangka pendek menerusi strategi hasil yang tinggi serta portfolio yang pelbagai.

‘‘Produk ini menawarkan tempoh pelaburan daripada seminggu, dua minggu dan sebulan dengan pelaburan minimum sebanyak RM250,000,’’ jelasnya.

Sementara itu, Ketua Pengurusan Harta StanChart, Choong Wai Hong berkata, pelabur memerlukan pelaburan mata wang yang dapat memberikan pulangan yang tinggi.

‘‘Emas merupakan sesuatu pelaburan yang bijak kerana mempunyai nilai kekal terutama dalam keadaan ekonomi tidak menentu dan juga digunakan sebagai lindung nilai kepada turun naik mata wang serta tekanan inflasi.

‘‘Pada akhir tahun ini harga emas dijangka berada pada paras AS$1,050 (RM3,832.50) satu auns berbanding AS$970 (RM3,540.50) pada Februari tahun ini. Oleh itu, pelabur perlu memilih emas sebagai salah satu portfolio pelaburan mereka,’’ katanya.

Selain itu, produk pelaburan itu akan diperkenalkan dalam mata wang Ringgit tidak lama lagi sekiranya mendapat sambutan yang baik, jelasnya.

Ketika ditanya sama ada StanChart akan menawarkan produk itu ke negara lain di rantau ini, Wai Hong berkata, mereka mempunyai rancangan untuk mengembangkan produk ini ke negara lain.

Tambahnya, produk yang sama dilancarkan di Singapura tahun lepas, dengan dalam tempoh tiga bulan pertama mendapat sambutan menggalakkan.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers