KUALA LUMPUR 19 Feb. - Satu delegasi peringkat tinggi 21 orang dari industri kimia dan produk berasaskan kimia India berhasrat untuk menjalin perniagaan dan hubungan dengan syarikat ASEAN, termasuk dari Malaysia, yang bertujuan mengembangkan pasaran mereka di rantau ini.
Sebagai sebahagian inisiatif itu, mereka kini berada di Malaysia untuk menemui pembeli berpotensi dan menerima hubungan dan kerjasama, kata Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, Ashok K. Kantha.
Objektif lawatan dan pertemuan mereka dengan pihak berminat di Malaysia ialah untuk berinteraksi dengan rakan Malaysia yang berpotensi serta untuk meneroka kemungkinan mengadakan hubungan usaha sama dan pemasaran, katanya pada majlis perasmian Pertemuan Pembeli dan Penjual Chemexcil di sini hari ini.
Chemexcil ialah Majlis Mempromosi Eksport Kimia Asas, Farmasiutikal dan Kosmetik yang dibentuk oleh Kementerian Perdagangan dan Industri India pada 1963.
Ia kini mempunyai 3,500 keahlian yang terdiri daripada pengeksport kimia.
India berkeyakinan mengenai prospek pasaran Malaysia walau pun berhadapan dengan kemelesetan ekonomi global sekarang ini, katanya.
Sementara itu, Penolong Pengarah Chemexcil, SG Bharudin berkata, mereka sangat berminat untuk memudahkan dan menyokong usaha sama memandangkan perubahan senario global di mana usaha sama merupakan alat utama memudahkan perdagangan.
Katanya, wujud peluang bagi mempertingkatkan perdagangan dua hala dengan negara anggota ASEAN. Malaysia merupakan perhentian terakhir delegasi Chemexcil yang telah melawat Indonesia, Filipina dan Vietnam. - BERNAMA
February 20, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com