February 6, 2009

Sime Darby teroka projek bekalan air, tanaman padi

SIME Darby Bhd akan melabur sehingga RM2 bilion bagi mempelopori pembekalan air dari sumber bawah tanah serta bidang penanaman padi bagi merangsang sumber pendapatannya. Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid, berkata konglomerat itu yang sebelum ini meraih sebahagian besar pendapatan daripada perniagaan sawit, hartanah dan automotif, yakin bidang baru itu berdaya maju dan bakal memberikan manfaat besar dalam jangka panjang.

“Kami tidak tersasar daripada perniagaan teras kami, bidang ini juga adalah sebahagian daripada perniagaan teras kami. Kami melihat bidang pembekalan air dari sumber bawah tanah dan penanaman padi sebagai projek berdaya maju dan komersial,” katanya pada taklimat media di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ahmad Zubir, berkata bagi projek air bawah tanah, Sime Darby akan menggali sumber air di Batang Padang, Perak. “Batang Padang memiliki simpanan sumber air bawah tanah yang besar. Kami mahu memulakan pembinaan projek loji rawatan yang mampu membekalkan sehingga 500 juta liter air bersih sehari (MLD).

“Pelaburan bagi projek ini adalah kira-kira RM1.3 bilion dan Sime Darby merancang mendapatkan kontrak pembekalan air sehingga 60 tahun,” katanya sambil menambah Batang Padang dianggarkan memiliki simpanan air bawah tanah kira-kira dua bilion liter padu yang boleh digunakan sehingga 200 tahun.

Beliau berkata, Sime Darby mensasarkan mula menyalurkan bekalan air bersih ke Lembah Klang pada 2011. “Kami masih berunding dengan pihak berkaitan dalam Kerajaan Persekutuan dan negeri termasuk Lembaga Air Perak bagi memperoleh konsesi itu.

Kami jangkakan aktiviti penyaluran dapat dimulakan pada 2011,” katanya. Bagi bidang penanaman padi, Ahmad Zubir berkata, Sime Darby akan memulakan projek penanaman di kawasan seluas 7,000 hektar di Sarawak dengan pelaburan dianggarkan kira-kira RM70,000 sehektar. Beliau berkata, projek itu akan menggunakan kaedah pertanian mekanikal, yang memerlukan tenaga buruh minimum dan benih berhasil tinggi.

“Bagi plot seluas 200 hektar, ia hanya memerlukan antara 17-20 pekerja berbanding 100 orang pekerja menggunakan kaedah biasa. Hasilnya juga adalah tinggi, iaitu sehingga 10 tan padi sehektar,” katanya.

Ahmad Zubir berkata, untuk membuktikan kaedah dipelopori Sime Darby itu mampu menjana keuntungan dan berdaya maju, konglomerat itu sudah menjalankan kajian terperinci. “Sime Darby telah memperuntukkan sehingga 200 hektar tanah miliknya di Gedung, Perak khusus bagi penanaman padi dan konsep itu terbukti berkesan,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam melawat projek air bawah tanah Sime Darby di Cluny/Bedford Estate di Batang Padang, Perak serta melancarkan model ladang padi Sime Darby di Gedong, Ladang Tali Ayer, Bagan Serai, Perak.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers