February 12, 2009

Petua Menghidari Putus Asa

Penawar paling mujarab bagi menghindari penyakit merbahaya ini ialah mengamalkan setiap sifat BERANI setiap masa. Saya senaraikan 8 huruf perkataan putus asa sebagai petua yang dibincang bagi memudahkan kefahaman dan ingatan. Setiap lapan perkataan berikut perlu sentiasa ditunjangi dengan keberanian untuk diamalkan.


  1. P - PRASANGKA yang baik terhadap Allah di atas apa yang berlaku kerana apa jua sangkaan yang terbit didalam hati dan fikiran itulah nanti yang akan menimpa kita.

  2. U - USAHA adalah roh kehidupan. Manusia adalah sebagai hamba yang paling baik kejadian. Ditugaskan sebagai hamba yang hanya berusaha dan melaksanakan perintah tersebut, bukan mengkritik atau mengeluh akan keputusan yang telah atau yang akan ditentukan. Buat sahaja apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang ditegah. Jangan merasa megah jika rasa berjaya dan jangan merasa kalah jika gagal. Insyaallah akan terhindar daripada penyakit putus asa.

  3. T - TELAN sahaja apa yang datang. Sekiranya nasi telah menjadi bubur, janganlah dikesali, murung dan berputus asa. Ia tidak akan menjadi nasi atau padi. Telan sahaja jika tidak mahu rugi. Pasti akan mengenyangkan diri daripada dibiarkan menjadi basi. Bayangkan jika bubur pun Allah tidak mahu beri?

  4. U - UNGGULKAN diri seperti tunggul mati adalh pegangan hidup insan sejati. Ramai manusia gagal bertahan tatkala gagal atau jatuh semata-mata disebabkan tidak tahan dicaci. Apabila dicaci lantas menganggap diri kena buli kerana tidak tahan, lalu patah hati. Tetapi percayakah sebenarnya anda sedang diuji. Tabahlah!

  5. S - SUKA menghadapi cabaran dan ujian. Suka bererti tidak menbenci / menolak peruntukan ujian yang telah disediakan untuk kita. Sesungguhnya jika jiwa kita telah dipenuhi dengan perasaan suka terhadap cabaran dan ujian akan terhindarlah rasa duka dan putus asa. Insyaallah.

  6. A - ADIL terhadap diri. Jika terlalu mendesak diri untuk melakukan sesuatu yang terlalu besar sehingga terkeluar daripada kemampuan yang tersedia pada masa itu. Anda perlu bersikap adil terhadap diri sendiri yang mempunyai banyak kekurangan /kemampuan yang terhad.
  7. S - SAYANG pada diri sendiri. Manusia yang berputus asa melambangkan ia tidak sayangkan dirinya. Sayangi diri sendiri supaya tidak berputus asa. Peluang untuk berjaya dan gagal boleh berkali-kali tetapi peluang hidup hanyalah sekali. Oleh itu sayangilah hidup anda dengan megamalkan sifat positif. Sikap manusia yang tidak mudah kecewa apabila diuji.
  8. A - AKUI segala kesilapan. Manusia sebagai makhluk yang mempunyai pelbagai kelemahan dan terpaksa berhadapan pula dengan pelbagai cabaran sudah tentu mudah terheret ke lembah kesilapan.

~ Tuan Sheikh Paiman Salleh ~

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers