BAJET mini yang akan dibentangkan di Parlimen 10 Mac ini akan membabitkan pakej yang ‘sedia untuk dilaksanakan’, merangkumi campuran projek jangka sederhana bagi menstabilkan pertumbuhan ekonomi dan pelaburan untuk mengurangkan kesan kemelut kewangan global kepada ekonomi negara ini, kata Ketua Pengarah Unit Perancangan Ekonomi (EPU), Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob.
Beliau berkata, langkah itu akan menyokong perniagaan dalam mengatasi kelembapan serta menangani isu pembuangan kerja. “Bajet mini itu sudah pastinya lebih menyeluruh kerana kami melakukan banyak usaha perundingan dengan peserta industri,” katanya selepas menyampaikan ceramah mengenai langkah yang diperlukan oleh Malaysia untuk kembali pulih ekoran krisis ekonomi global semasa, di Kuala Lumpur, semalam.
“Ia akan meliputi banyak sektor dan juga menangani kebimbangan terhadap kesan krisis kewangan global,” tegasnya. Sulaiman berkata, EPU serta Kementerian Kewangan mengkaji semula projek yang mempunyai kesan positif terhadap ekonomi dari segi kesan penggandaan agar ia dapat dicadangkan kepada kerajaan.
Katanya, ini akan membabitkan pemindahan peruntukan di kalangan kementerian supaya projek yang tertangguh boleh dilaksanakan dengan segera.
Sebelum itu, Sulaiman berkata dengan pakej rangsangan pertama yang bernilai RM7 bilion dan penurunan berterusan harga minyak mentah global, defisit fiskal kerajaan akan menjadi lebih tinggi. “Dengan pakej rangsangan yang baru, kami menjangkakan defisit fiskal akan meningkat lagi berbanding 4.8 peratus yang dianggarkan ketika pembentangan Bajet 2009 tahun lalu,” katanya.
Sulaiman menambah, anggaran defisit fiskal yang baru serta angka pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang disemak semula akan diumumkan pada bajet mini itu.
“Kami menjangkakan pertumbuhan positif yang kecil untuk KDNK tetapi setakat ini, kami belum memuktamadkan lagi angkanya,” katanya. Beliau berkata, dengan bertambah teruknya kelembapan ekonomi global, kerajaan akan terus mengambil langkah untuk mengukuhkan daya tahan ekonomi bagi mengurangkan kesannya.
Sementara itu, Sulaiman berkata, cadangan pembinaan terminal syarikat penerbangan tambang murah (LCCT) baru di Labu, Negeri Sembilan masih dalam perbincangan antara kerajaan dan pihak berkaitan.
Beliau menjelaskan, kerajaan meluluskan projek itu secara dasar kerana melihatnya sebagai satu pelaburan sektor swasta tetapi wujud keperluan bagi pihak berkenaan mengkaji perkara itu membabitkan semua keperluan teknikal dan keselamatan.
“Ini mesti dilakukan dan Kementerian Pengangkutan berunding dari segi kehendak teknikal. Sehingga atau kecuali semua ini diselesaikan, kita tidak boleh lakukannya,” katanya.
February 21, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com