February 28, 2009

Ulasan pasaran: Bursa Malaysia ditutup rendah

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup rendah semalam berikutan kerugian yang dicatatkan oleh syarikat bermodal besar susulan perolehan yang mengecewakan, menurut peniaga. Penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) susut 2.75 mata untuk ditutup pada 890.67. Ia dibuka 3.28 mata lebih tinggi pada 896.7 pagi semalam.

Antara kaunter rugi adalah Maybank, yang turun 15 sen kepada RM5.10, Sime Darby turun 10 sen kepada RM5.65, Genting rugi lapan sen kepada RM3.46, TM International susut empat sen kepada RM3.02 manakala Telekom Malaysia turun enam sen kepada RM3.44.

Peniaga berkata, kaunter perladangan merekodkan kerugian akibat kebimbangan mengenai permintaan global, yang terus menekan bursa tempatan. Bagi saham berasaskan perladangan, IOI susut lapan sen kepada RM3.70, Kuala Lumpur Kepong turun lima sen kepada RM9.95 manakala Tradewinds Plantation susut tujuh sen kepada RM1.38.

Menurut peniaga, secara keseluruhan, pasaran merekodkan dagangan yang kecil menjelang hujung minggu serta pengumuman angka keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku keempat 2008.

Sepanjang sesi, KLCI bergerak antara 888.91 dan 897.53. Indeks Perusahaan susut 3.75 mata kepada 2,108.35, Indeks Kewangan turun 0.43 mata kepada 7,009.66 manakala Indeks Perladangan merosot 41.97 mata kepada 4,374.04.

FBMEmas susut 9.52 mata kepada 5,847.07, FBM30 turun 12.31 mata kepada 5,792.88 manakala FBMMesdaq susut 10.32 mata kepada 3,108.28. FBM2BRD bagaimanapun, menokok 16.86 mata kepada 3,980.36.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 257 berbanding 218 manakala 221 kaunter tidak berubah, 553 tidak diniagakan dan 37 yang lain digantung. Jumlah dagangan semalam sebanyak 403.171 juta saham bernilai RM585.977 juta, meningkat berbanding 332.422 juta saham bernilai RM599.722 juta kelmarin.

Menurut peniaga, kerugian yang dicatatkan oleh bursa tempatan diimbangi oleh minat sederhana di kaunter kewangan dengan jangkaan industri perbankan akan mendapat manfaat daripada suntikan dana pakej rangsangan ekonomi yang akan diumumkan pada 10 Mac.

Saham berasas kewangan, Bumiputra-Commerce, menambah 20 sen kepada RM6.90, Public Bank menokok 15 sen kepada RM8.80 manakala Hong Leong Financial Group meningkat enam sen kepada RM4.58.

Jumlah dagangan di Papan Utama meningkat kepada 358.232 juta saham bernilai RM577.041 juta berbanding 283.029 juta saham bernilai RM589.744 juta kelmarin. Jumlah dagangan di Papan kedua menambah kepada 22.047 juta saham bernilai RM5.999 juta berbanding 20.450 juta saham bernilai RM6.020 juta sebelumnya.

Di pasaran Mesdaq, jumlah dagangan berkurangan kepada 9.438 juta saham bernilai RM1.716 juta berbanding 9.827 juta saham bernilai RM2.136 juta sebelumnya. Waran juga susut kepada 12.652 juta saham bernilai RM962,391 berbanding 18.017 juta bernilai RM1.481 juta pada penutup kelmarin.

Bagi saham aktif, KNM Group susut tiga sen kepada 37 sen manakala saham berasaskan pembinaan, WCT turun enam sen atau 5.60 peratus kepada RM1.01 selepas melaprokan kerugian bersih RM33.1 juta dalam suku keempat berakhir 31 Disember tahun lalu berbanding RM47.9 juta keuntungan yang direkodkan dalam tempoh yang sama pada 2007.

Kerugian itu adalah susulan pembatalan projek gelanggang lumba kuda bernilai AS$1.3 bilion di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE). Bagi saham berwajaran tinggi, Tenaga Nasional dan MISC, masing-masing untung lima sen kepada RM6.45 dan RM8.55.

Mengikut sektor, barangan pengguna menyumbang sebanyak 8.445 juta saham yang diurusniagakan di Papan Utama, barangan perindustrian 133.546 juta, pembinaan 37.273 juta, perdagangan/ perkhidmatan 101.953 juta, teknologi 7.797 juta, infrastruktur 7.236 juta, kewangan 18.704 juta, hotel 3.898 juta, hartanah 30.541 juta, perladangan 8.186 juta, perlombongan tiada, REITs 589,500 dan dana tertutup 59,000. – Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers