February 14, 2009

Tinjauan Pasaran: Bursa Malaysia tambah kukuh

Sokongan kaunter berwajaran tinggi, debaran pembentangan bajet mini

HARGA saham di Bursa Malaysia lebih teguh menjelang hujung minggu apabila dana tempatan memberikan sokongan kepada kaunter berwajaran tinggi terpilih di tengah-tengah debaran yang semakin meningkat mengenai bajet mini yang akan dibentangkan di Parlimen bulan depan.

Pada penutup dagangan semalam, Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) melonjak 15.24 mata kepada 909.84, dirangsang oleh kenaikan, kebanyakan di kaunter Tenaga Nasional (TNB).
Pagi semalam KLCI dibuka pada 895.32, iaitu 0.72 mata lebih tinggi berbanding 894.60 pada penutupan kelmarin.

Indeks Perusahaan naik 6.42 mata kepada 2,132.38, Indeks Kewangan meningkat 144.11 mata kepada 7,182.29 dan Indeks Perladangan melonjak 55.87 mata kepada 4,602.32. FBMEmas mengukuh 102.54 mata kepada 5,964.02, FBM30 naik 96.48 mata kepada 5,873.95, FBMMesdaq susut 7.44 mata kepada 3,307.11 dan FBM2BRD meningkat 37.57 mata kepada 4,005.95.

Saham untung mengatasi saham rugi dengan jumlah 377 berbanding 145 manakala 175 kaunter tidak berubah, 559 tidak diniagakan dan 35 digantung urus niaga. Jumlah dagangan bertambah kepada 535.842 juta saham bernilai RM797.894 juta daripada 339.813 juta saham bernilai RM592.634 juta ketika dagangan ditutup kelmarin.

Di Papan Utama, jumlah dagangan meningkat kepada 474.568 juta saham bernilai RM782.602 juta daripada 288.102 juta saham bernilai RM582.778 juta kelmarin. Papan Kedua mencatatkan peningkatan jumlah dagangan kepada 37.828 juta saham bernilai RM10.916 juta daripada 19.368 juta saham bernilai RM5.6 juta.

Mesdaq menyaksikan jumlah dagangannya susut kepada 8.955 juta saham bernilai RM2.892 juta daripada 10.852 juta saham bernilai RM2.622 juta. Waran berkurangan kepada 13.363 juta saham bernilai RM1.203 juta berbanding 20.575 juta saham bernilai RM1.442 juta sebelumnya.

Mendahului senarai saham cergas, Malaysian Resources Corporation menokok 8.5 sen kepada 88.5 sen, Gamuda naik 19 sen kepada RM2.10 dan UEM Land Holdings menambah lima sen kepada 77 sen.

Antara saham mewah, Sime Darby turun lima sen kepada RM5.70, Maybank naik 20 sen kepada RM5.55 dan TNB mengukuh 40 sen kepada RM6.35. IOI Corporation meningkat enam sen kepada RM3.82 dan Bumiputra-Commerce menambah 10 sen kepada RM6.60.

Sektor barangan pengguna menguasai 7.592 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, barangan perusahaan 73.35 juta, pembinaan 101.641 juta, perdagangan/perkhidmatan 145.308 juta, teknologi 4.774 juta, prasarana 13.258 juta, kewangan 30.29 juta, hotel 1.939 juta, harta 80.011 juta, perladangan 15.081 juta, perlombongan tiada, REIT 1.228 juta, dan dana tertutup 97,300. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers